Friday, September 28, 2018

Makan Besar Malam Nie

Macam mana lah MN nak kurus kalau setiap malam En Husband ajak pergi makan,bak kata orang-orang tua rezeki jangan ditolak lebih-lebih lagi kalau husband nak belanja...padahal MN sendiri pun tengah lapar huhuhu...Jom tengok apa husband MN order..

Tomyam campur

Telur dadar

Ikan kerapu masak tiga rasa

Kangkung sambal belancan

Sambal belancan dan ulam timun


Meriah dak makanan yang di order penuh meja pasal duduk pun kat meja kecik je mana tak penuh kan...Tomyam tu macam cair sikit lepas tu kangkung tu pulak dia tabur lada hitam atas tu hurmm tak rasa sangat pedas sambal belacan tu..ikan tu ok lah sedap lah jugak..MN bagi 3.5 bintang.


Quotes of the day : 10



Anas meriwayatkan Abdurrahman bin Auf mendatangi Rasulullah sementara kepadanya terdapat bekas minyak wangi berwarna kuning.Nabi pun bertanya perihal tersebut.Anas mengatakan bahwa telah menikah dengan seorang wanita Anshar.(Shahih Bukhari)

Iman Nawawi menjelaskan " Sesungguhnya warna kuning yang menempel padanya berasal dari kosmetik yang dipakai oleh isterinya." Jadi di bolehkan bagi muslimah memakai perona pipi atau bedak selama tidak ditampakkan kecuali kepada orang orang yang diizinkan Allah untuk melihatnya Mahram.

Wednesday, September 26, 2018

Nasi Goreng Ayam Versi OOD



Masuk je dalam kereta terus husband cakap lapar dia belum makan lagi katanya tak sempat nak makan lunch tadi.Busy sangat nampak gayanya husband MN nie sampai tak makan kalah menteri..hehehe

Kali nie MN makan dekat OOD atau namanya Oren ORen Delight dekat belakang dewan mat kilau kuantan belakang tu ada kolej apa ntah MN tak ingat jadi ramai jugak lah student yang makan dekat situ.

Husband MN order maggi goreng tak sempat nak ambik gambar tak pe lah..MN pulak order Nasi Goreng Ayam..biasa kalau MN order Nasi Goreng Ayam dekat tempat MN biasa makan ayamnya seketul dia bagi..dekat OOD nie lain sikit ayam tu di potong kecik2 lepas tu ayam tu disalut dengan tepung..tu bila makan rangup je.

Bagi MN Nasi Goreng nie not bad lah..licin jugak MN makan...
Jadi MN bagi 4 bintang...

Fb Story : # 4 Punca Sis Migrain


Scroll FB nampak pulak gambar nie..sebelum MN khawin MN memang ada jual tudung masa tu jual tudung aidijuma time tu tudung nie memang meletop lah..lepas tu MN pun ada ambik pre order untuk album k-pop nampak tak MN suka k-pop sampai nak jual sekali..tapi tak lama sebab tak ada masa nak promote lepas tu post office pun jauh..agak susah sikit...lepas tu join pulak dropship jual baju tu tak lama sebab masa jugak.

Apa yang MN nak beritahu adalah nak berniaga atau nak jadi dropship/agent semua tu bukan senang..nak dapat customer pun bukan main payah,banyak yang tanya tapi belum tentu nak beli atau ada blackout buyer,belum termasuk customer tipu slip transfer kalau nak cerita banyak lagi sebenarnya.

Akan jumpa macam-macam ragam customer...beli barang RM 15 nak free shipping adoii stress jumpa orang macam nie..untung pun RM 2-3 je ..nak ke pejabat pos pun kena hadap jem dulu.. barang lambat sampai pun seller yang kena..padahal siap-siap bagi tracking number..

Sebab tu bila MN beli  online dekat FB atau IG sampai lambat MN tak mudah melenting sebab MN faham keadaan orang berniaga nie macam mana..kadang-kadang seller dah pos tapi pos dekat kawasan kita lambat..tapi tengok lah kalau sengaja pos lambat sebab yang tak munasabah memang nak kena kecam dalam tu hehehe..


Monday, September 24, 2018

Pasar Malam Dan Timun....

Hari isnin hari yang ramai yang tak berapa suka kan terutama yang berkerja..lepas tu duk fikir bila nak hari jumaat..cepatlah hari jumaat..ada tak yang macam nie...mestilah ada kan termasuk lah MN sendiri..macam sekejap je cuti kan.

MN nak cerita masa MN sekolah menengah setiap hari sabtu mesti MN akan ke pasar malam..sebab kawasan rumah MN pasar malam hari sabtu , lepas maghrib MN akan keluar jalan kaki ke rumah kawan MN lepas tu tunggu pulak kawan MN yang lagi sorang datang..macam tulah rutin setiap kali pergi pasar malam.

Time tu pasar malam sangat meriah dengan macam-macam makanan ada jual nak di bandingkan sekarang nie macma kureng sikit..MN akan bawa RM 3 ..RM 1 beli mee goreng , RM 1 beli ayam goreng , RM 1 beli air ha cukup lah kan lengkap dah nak makan tu janji kenyang..kadang-kadang MN bawa RM 4-5 bergantung pada mama MN bagi duit lah.. tapi kalau pergi pasar malam memang 3 makanan tu dah kira wajib beli dah..

Tu cerita masa sekolah menengah..sekarang nie MN dah jarang pergi pasar malam sebab makanan yang di jual lebih kurang sama je lepas tu dah tak ramai yang jual..sabtu baru nie MN ada pergi dengan nenek ke pasar malam..sebab nenek nak beli duku terengganu sebab sekarang kan dah musim duku jadi banyak lah orang jual..selain tu beli jugak makanan lain.


MN ada beli burger malaysia atau pau ikan bilis , sampai je rumah semangat nak makan ambik satu ngap dalam mulut tapi macam ada kurang sesuatu..MN pun bukak lah pau tu terkejut MN bila timun sekecik macam tu (tengok gambar dekat atas) boleh dikatakan semua MN tengok dan semuanya sama..MN sungguh tak faham orang berniaga sekarang nie berniaga sebab nak untung saja ke? sebelum nie MN beli ada jugak nampak timun nya nampak jugak bilis nya..tapi sekarang dah tak nampak dua-dua tu..takkan lah timun kena sst jugak sampai nak catu macam tu sekali kan..

Sebelum nie beli karipap pun macam tu jugak isi ye sebesar kuman je..bila gigit kosong je dalam tu..adoii kami pembeli bayar guna duit kot bila dapat makanan macam nie macam tak puas hati langsung..rata-rata berniaga di sebabkan nak untung tapi makanan buat ala kadar..

Ada tak pengalaman korang macam nie..sakit hati tak ??? 

Segmen Bloglist Rasa Dan Tips Oktober - Disember 2018


Rugi siapa yang tak join tu..sebab syarat dia mudah yakmat..click banner dekat atas ya

Quotes Of The Days : 9


Hari ISNIN adalah hari yang paling sesuai untuk memperbetulkan kesilapan minggu lepas. Semoga isnin minggu ini lebih baik berbanding isnin yang lepas.

Friday, September 21, 2018

Nasi Lemak Ikan Aya

Hai semua sihat ke? MN dah 4 hari tak sihat sebab selsema..kalau kena je selsema memang sakit sampai kepala pun berdenyut-denyut..walaupun tak sihat tapi selera tu ada je kalau nak makan..macam mana lah nak kuruskan hihihihi...

MN memang suka sangat makan nasi lemak tak tahu lah kenapa..dalam semiggu tu mesti 1-2 kali makan nasi lemak..tak pernah muak.. paling MN suka makan nasi lemak ikan aya atau orang panggil ikan tonggkol ..memang tak pandang dah kiri kanan selera sungguh makan.

Nasi Lemak Ikan Aya Fav Nie

Menu Tambahan Satay
Husband MN order Mee Sup yang nie tak ada gambar sebab makanan husband sampai lambat jadi MN makan dulu...Setakat nie dua tempat je yang MN rasa nasi lemak ikan paling sedap MN pernah makan..satu dekat sg isap jaya (jual waktu pagi) satu lagi dekat sg isap perdana nama kedai zul tak salah (tak pasti waktu pagi ada jual ke tak) yang kat tempat lain pernah makan tak berapa kena dengan tekak.. MN memang cerewet kalau bab makan sebab tu banyak tempat makan MN hanya pergi sekali je...atau next time tak akan order dah makanan yang sama... awak semua suka makan apa pulak??

Monday, September 17, 2018

Mood Kena Kerja Hari Nie


Hai korang MN pasti korang tengah bercuti kan kan kan..best lah macam MN kena kerja hari nie tak tahu lah kenapa tiba-tiba kena kerja terus tak ada mood okey...macam tahun-tahun sebelum kami memang akan cuti ikut calendar,tapi tiba-tiba supervisor cakap kena kerja..tapi akan di ganti cuti pada hari lain..MN lebih suka kalau company bayar je untuk staff yang kerja hari nie berbanding ganti cuti sebab cuti MN ada banyak lagi belum di ambil..korang doa-doa kan lah supaya MN tak tertidur atas meja nie sebab kerja MN semua dah siap huhuhuhu.

Friday, September 14, 2018

Quotes Of The Days : 9


The sign of a beautiful person is that they always sees beauty in others...

Thursday, September 13, 2018

justice for kucing dobi

Orang zaman sekarang nie dah tak ada sifat keperikemanusiaan dah..rasanya ramai yang dah tahu pasal viral kucing yang dimasukkan dalam mesin basuh dekat dobi.MN tak tengok pun video tu belum ada keberanian lagi.

MN pun kadang-kadang rasa geli dengan kucing sebab badan kucing jenis lembik kalau di pegang.. kadang-kadang MN rasa geram jugak dengan kucing bila dia membuang merata tapi belum sampai nak pukul atau sebagainya cuma mulut MN jelah bising-bising ini normal lah kan... lagipun animal nie tak ada akal kita marah pun dia pun buat tak tahu je betul tak???

Tapi kita nie sebagai manusia jangan lah bersikap kejam sampai menyakitkan animal,kucing tu pun tak ada buat salah apa-apa..dunia akhir zaman macam nie lah kan..MN harap orang yang buat kucing macam tu dapat balasan yang setimpal biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

Wednesday, September 12, 2018

Beli Ubat Gigi Darlie Percuma Mug Comel

Hai korang...ada yang dah tidur ke? MN malam nie ada masa nak buat entry ringkas  ringkas je sebelum masuk tidur.

Sebelum nie MN ada baca dekat blog SHIVEN  dia ada beli ubat gigi darlie lepas tu dapat percuma mug yang comel...berkenan pulak MN nengok..intai intai jugak dekat drugstore dengan pasaraya tapi tak jumpa..Baru baru nie MN ada pergi Giant Kuantan nampak lah ubat gigi darlie nie percuma mug tu..apa lagi MN terus lah ambik semata-mata nak mug tu hehehe.MN memang pengguna ubat gigi darlie nie kira tak rugi lah beli.




Comel tak mug tu??MN memang suka kalau beli apa-apa ada free gift ,seronok je rasa hakhakhak.. sebab kadang-kadang free gift nie comel-comel je..Mata MN dah mengantuk nie sambil menaip nie pun sambil menguap adoii..kita jumpa next entry ya..




Tuesday, September 11, 2018

Hand Wash Dari Guardian


Assalamualaikum selamat ketemu lagi ya sahabat blogger ku sekalian tibeee kan...maaf lah kalau ada blogger lain datang ke blog MN nie tengok blog nie keadaan sendu sebab MN tak dapat nak buat entry sebab kekangan kerja hakiki di ulangi kerja hakiki.blog nie pun hanyalah partime sahaja..sebab tu MN agak ragu nak join mana mana segmen atau giveaway kalau ada syarat blog kena active wuhuaaaa sedih tau..its okey benda benda macam nie memang tak dapat di elakkan betul tak uolsss...

Nak cerita MN nie jarang tau masuk atau beli dekat guardian sebab harga dia agak mahal sikit berbanding dengan watson kecuali kalau guardian betul betul buat sales baru MN akan beli , kebiasaanya MN akan beli hand wash je dekat guardian.

Sebab hand wash dekat guardian tak buat tangan MN rasa kasar..lembut je, bau pun boleh lah tak terlalu wangi sampai pening kepala..NP 5++ untuk 1 hand wash tapi bila promo 3 botol RM 11++ so MN akan beli time promo jelah murah sikit kan.Kali nie beli campur bauan selalu suka bau yang rose je kalai nie kita tukar selera sikit heee.. okey lah sampai sini sahaja jumpa next entry ya...byeee


Story Fb : # 3 Berkata Baik Atau Diam


Jangan mencela org lain kerana kita tidak tahu dugaan kita nanti berupa apa...

Segmen Top Commentators Blog Nieyl


MN kembali dengan menyertai segmen muhehehe (gelak besar) .. okey lah siapa siapa nak join click banner dekat atas...