Thursday, November 29, 2018

Mask A'pieu dan Leaders (short reviews)

Okey MN nak buat short reviews tentang mask sheet yang MN guna pada minggu lepas , kebiasaanya MN hanya akan pakai mask seminggu 2x atau 3x atau 1x bergantung kepada mood MN sendiri tapi setidak-tidaknya dalam minggu tu MN akan make sure MN akan pakai mask.

Sekarang nie MN ada dua jenis mask satu yang jenis serbuk yang nie nak kena bancuh dulu baru letak dekat muka lepas 10-15 minit kena bilas dengan air , yang lagi satu jenis sheet atau orang panggil mask sheet yang nie rata-rata ramai yang guna sebab senang lepas pakai tak perlu nak bilas bagai harga dia pun pelbagai ada murah ada mahal.MN suka guna yang jenis bancuh sebab jenis macam nie boleh pakai banyak kali berbanding sheet mask kena pakai sekali je kan,walaupun MN suka yang jenis bancuh tu tapi sheet mask nie mesti nak kena ada jugak , bila time malas atau penat MN akan pakai jenis mask sheet nie.

Perlu ke pakai mask ? bagi MN perlu sebab mask nie pun salah satu penjagaan kulit,mampu menolong hydrate kan skin , menghilangkan lebihan minyak di muka dan jugak untuk pores.Bagi MN nie cara terbaik untuk menarik kekotoran dalam kulit muka kita...Okey kali nie MN guna mask yang MN beli secara online di shoppe , dah sebulan lebih macam tu kot MN beli tapi baru sekarang berpeluang nak pakai, MN pun pengumpul jenis mask sheet nie,ada macam-macam brand.



Mask-Hanrabong
Description

Gives tired skin high hydration and vitality.

Feature

* Full of brightening ingredients to help clear and fair skin.
* Fresh deep sea water and effect supplying hanrabong,rich vitamin citron for moisture clean skin.
* Containing deep sea water,fruit extract


Mask-Melon

Description

Gives tired skin high hydration and vitality.

Feature

* Full of soothing , healthy looking skin.
* Fresh deep sea water and skin soothing melon,rich nutrition kiwi for moisture.
* Containing deep sea water,fruit extract


My Thoughts:)

Essence mask nie tak terlalu sticky and sheet dia tak besar tak kecik jadi ngam-ngan dekat muka MN , apa yang MN suka sebab bila pakai muka jadi sejuk , MN tak ada masalah gatal masa pakai mask nie sebab ada mask buat muka MN jadi nak mengaru je.

Lepas peel off , masa nak dap-dap pun tak perlu lama sebab essence tu mudah serap dah boleh pakai skicare yang lain.MN nampak skin MN cerah sikit lepas pakai mask nie , apa yang MN suka ialah bila bangun pagi MN rasa muka macam pakai skincare yang mahal.





*Calminh & Hydrating Sheet Mask.
*Ultra soothing,with hydrating ingredients that help balace renew skin.
*Great for oily and combination skin.

My Thoughts:)

Mask nie sheet dia besar sikit, pakai tu ada lebihan tepi-tepi muka buat MN kurang selesa sikit , lepas tu ada rasa pedih sikit dekat bahagian tepi-tepi hidung dan kawasan bibir.
Essence mask nie terlalu sticky kena duduk depan kipas nak bagi kering baru boleh buat next skincare.

Semua mask nie MN beli dekat shoppe..masuk shoppe cari nama wako beauty , macam-macam mask ada dia jual, kadang-kadang wako beauty nie ada buat offer untuk mask, MN beli 7 mask dalam RM 25 macam tulah.



Wednesday, November 28, 2018

Tuesday, November 27, 2018

Fb Story : # 7 Tips Yang Mana Aktiviti Paling Mencabar




Antara tiga nie MN pilih " C " sebab nak kena sidai satu-satu ..nak kena balik kan dulu baju baru boleh sangkut dekat hanger,lepas tu nak jemur pun nak kena susun elok-elok jugak supaya semua baju muat dekat ampaian,bagi MN makan masa betul dekat situ padahal nak sidai je pun hahaha.

Untuk "A" ok lagi lah sebab mesin yang buat kerja , tapi kalau kena basuh baju guna tangan nie kira mencabar jugak nie.

"B" MN tak tahu kenapa lipat baju nie benda yang senang..mungkin MN suka lipat baju kot..
tips MN senang je tak nak terasa baju di lipat tu terlalu banyak..korang lipat baju sambil tengok tv , sedar-sedar je dah siap..

korang yang mana satu?

Monday, November 26, 2018

Lunch 26-11-2018 - Kuey Teow goreng

Hai semua,waktu lunch of coz lah nak kena makan kan..memandangkan semalam MN ada beli kerang (sikit simpan yang lain ratah dengan sos kepok lekor) jadi hari nie terjadi lah Kuey Teow kerang , gigih tau MN masak hari nie walaupun bagi orang lain ianya masakan paling senang..

Berbunga-bunga lagi hati MN bila husband puji , husband MN payah tau nak puji-puji nie kalau dia dah puji memang ikhlas okey muahehehe..

Kalau nak tahu MN dah banyak kali buat tapi tak menjadi macam MN nak , bukan tang bab rasa dia tapi bab texture kuey teow tu sendiri...dulu masa mula-mula buat, kuey teow MN jadi hancur 2-3 kali buat ikut resepi pun hancur sedih je rasa..last-last MN tanya MIL dia kata kueh teow tu tak perlu rendam cukup sekadar kita bilas biasa je tapi jangan lama.

Tapi masih tak capai apa MN nak .. kira banyak try n erorr jugak dalam masakan MN nie , lepas  itu husband cakap kawan dia yang  jual kuey teow tu dia lerai kan kuey teow tu satu-satu , sebab bila masak kuey teow tu jadi cantik je..MN pandang dia dengan mata bulat awat lah dia tak beritahu awal-awal ea dak..adoiii


And yes MN masih lagi belajar memasak , ea la MN bukan pandai sangat pun masak , sebab walaupun dah banyak try and erorr tapi akhirnya menjadi..tak semua masakkan yang kita buat pertama kali akan menjadi kan..jadi kena lah usaha lebih sikit ..betul tak ..


Sunday, November 25, 2018

Rebus kerang tanpa air

Hai semua selamat petang..cuti-cuti hujung minggu nie kemana aje korang , MN tak kemana-mana duduk rumah je hujan-hujan macam nie malas nak bergerak kemana-mana stay dekat rumah lagi bagus kan.

Aktiviti hari ahad MN sama je setiap minggu,setiap pagi ahad 7.30 am MN dah pergi ke pasar tani dengan MIL dan husband ,kalau tak ke pasar tani MN akan pergi ke pasar besar tengok MIL nak pergi mana satu kami ikut je..lepas balik dari pasar baru pergi breakfast..sampai rumah bersihkan barang basah..buat kerja rumah..kemas apa yang patut..kadang-kadang je MN akan keluar kalau tak ke mana-mana memang MN akan duduk rumah je sambil layan TV..


Memandangkan ikan dengan ayam masih ada dalam peti ais,MN beli sotong,kerang dengan udang je..udang tu memang MN buang kulit dengan kepala udang tu sebab MN nak masuk dalam kueh teow nanti husband MN tak suka ada kulit udang.lagi pun jumaat depan MN akan ke KL -PENANG jadi tak perlu beli barang basah yang banyak.

Okey berbalik pada tajuk entry kali nie ,masa MN kecik-kecik nenek MN masak kerang jenis berkuah,kira kuah tu kita boleh hirup dan di buat makan nasi...nenek MN akan cuci kerang tu bersih-bersih sampai kulit kerang tu jernih dan tak berpasir, nenek MN tambah serai dengan asam keping tak salah.. memang sedap di makan dengan nasi..

Setakat nie MN tak pernah buat lagi jenis kerang berkuah tu kalau salah buat boleh jadi mulut gatal-gatal , biasa MN akan rebus je tapi MN rebus bersama-sama air ( masuk dalam periuk letak kerang letak air dengan serai) tapi rasa dia macam kureng sikit sebab isi dalam tu nampak kering tak juicy korang kata..
Last-last MIL MN ajar cara rebus kerang,kalau nak isi kerang tu bila makan tak keras atau kering, jadi MN nak share dengan korang lah..


Kerang yang bagus kerang yang jenis terbuka dan hidup..sambil keluarkan lidah dia main acah-acah gitu hahaha macam dekat atas tu..masa nie korang boleh tengok lah kerang tu bergerak-gerak macam berbisik pun ada.


Basuh bersih-bersih sampai pasir dekat kerang tu terkeluar atau kulit kerang tu jadi bersih.



Lepas tu dalam periuk tanpa isi air ya , rebus dalam api yang paling perlahan,kenapa tak letak air sebab kerang tu sendiri akan keluarkan air.MIL tak letak serai tapi MN letak serai nak bagi wangi sikit.Rebus dalam 7-8 minit bergantung banyak mana kerang lah, MN tutup periuk lepas 2-3 minit check tengok keadaan kerang tu macam mana..kalau air rebusan dari kerang tu dah muncul maknanya kerang tu dah mula masak biar dalam 2 minit lepas tu tutup api..jangan sampai air rebusan tu kering..sebab kalau kering akan jadi hangit pulak nanti isi kerang tak sedap dah...

Okey lah sampai sini je..selamat mencuba




Thursday, November 22, 2018

tempat biasa makan


Sebelum-sebelum nie MN pernah beritahu yang MN nie jenis cerewet sikit kalau bab makan.. kalau sedap berulang-ulang lah MN akan pergi ke kedai tu makan , kalau kurang dengan selera MN memang sekali tu je MN akan pergi makan.Walaupun orang selalu post tempat-tempat viral kata tempat tu sedap lah murah lah jangan lah korang percaya sangat okey kadang-kadang indah khabar dari rasa makanan tu hehehe nie pengalaman MN sendiri lah..






Mee Goreng Mamak , ayam kat atas tu yang sup punya ..

Rojak Mee

Sup Ayam Meletup 
Hari MN tak bawak bekal sebab ada urusan dekat luar , settle je urusan terus pergi makan , kali nie MN makan dekat "pokok ceri " sebab gerai nie memang bawah pokok tapi ada lah atap , kalau hujung minggu memang ramai orang ..siapa yang tinggal dekat kuantan mesti tahu kedai nie dekat mana..

Hari-hari makan nasi pun bosan jugak kan so kita makan mee dengan sup lah pulak ya..korang dah makan ke...?

Friday, November 16, 2018

Thursday, November 15, 2018

Coklat Dari Langkawi

Minggu lepas adik MN ada pergi langkawi company trip , dia ada call MN tanya ada nak beli apa-apa tak..terus MN mintak tolong adik belikan coklat sebab orang kata coklat dekat sana murah , lepas tu MN hantar gambar coklat yang MN nak beli.


Sebenarnya MN nak dua jenis coklat  Daim dengan Kisses tu je...ntah tak tahu mood apa adik MN tu dia beli banyak-banyak pulak , last-last MN bahagi 3 , sikit kat rumah , sikit bagi kat anak sedara husband sikit lagi bawak pergi office .MN nie bukan lah makan sangat coklat tapi nak kena ada ada dekat dalam peti ais, sebab kadang MN mudah rasa pening gitu..bila dah pening MN akan makan coklat sikit , baru ok sikit ..tapi betul ka barang dekat lagkawi murah..ada siapa-siapa tahu sebab MN tak pernah ke sana..

Monday, November 12, 2018

Fb Story : # 6 Tips selfie

hai semua selamat tengahari , hari nie MN bawa bekal mihun goreng kerang alhamdulillah kenyang ..
bila time-time free nie MN akan scroll FB MN tengok apa yang menarik , tiba-tiba ternampak friends list share satu gambar nie , nak tahu gambar apa tengok kat bawah



Bila tengok gambar nie terus MN rasa tersentap kejap , pasal MN pun kadang-kadang nak ambik gambar mesti dalam posisi satu kaki ke depan sikit satu kaki ke belakang sikit konon-konon nak nampak kurus..tapi ntah kenapa memang nampak kurus pun kalau buat macam nie hahaha .. ada tak siapa-siapa macam MN nie..angkat tangan cepatt..

Saturday, November 10, 2018

Kek lapis sarawak premium

Hai korang , sambil-sambil tengok TV sambil makan kek lapis sarawak , sebenarnya kek lapis sarawak nie kawan husband yang bagi dia beli masa pergi sarawak baru-baru nie , dia kate jenis premium ..tapi MN tengok macam biasa je mula-mula ingatkan macam kek lapis sama macam sebelum nie beli...sekali potong mak aiii lawa betul bentuknya sebab tu kot panggil premium.



MN dah tak ingat perasa apa kek lapis nie,bungkusan dia pun MN dah buang..cantik kan bentuk dia...bila dah makan nie dah tak pandang kiri kanan sebab terlalu sedap yang amat...

Friday, November 9, 2018

Update dari MN

Hello semua, lama dah MN tak buat entry atau singgah mana-mana blog , menyepi lama sikit kali nie sebab last month MN tak sihat ingatkan sekejap je rupanya lama jugak.

Berpuncanya dari selsema sebenarnya satu hari asyik bersin je sampai kepala pun berdenyut-denyut nak buat kerja pun susah, biasanya keesokkanya akan okey tapi melarat-larat selsema tu 3-4 hari sampai hidung pun tersumbat.

Last-last demam pulak terselit sekali dengan batuk..bila dah tak sihat nie memang rasa nak baring je kat katil , makan je ubat cepatlah lena..nak bukak blog pun malas.

Ahamdulillah sekarang dah okey ada batuk je sikit-sikit lagi biasa batuk nie memang susah nak hilang walaupun dah masuk botol ke tiga beli..Insyallah MN akan kembali buat entry and singgah blog-blog awak semua ya..