Saturday, July 28, 2018

Beauty Tips : Feed Your Face


We all know that food is yummy, but did you know that some foods can actually help you look and feel better?

Friday, July 27, 2018

Fb Story : # 1The Tale Of Kacang

Assalamualaikum MN nak berkongsi satu cerita yang MN ambil dari FB Yayang Azrizq.Nampak comel je kan kacang tu tapi cerita dia pernuh dengan pengisian.Sesibuk mana pun kita selalu-selalu lah jenuk mak dengan ayah jangan hanya telefon je atau hanya hantar duit je setiap bulan..kadang-kadang orang tua nie bukan nak duit sangat pun tapi nak jumpa kita nak tengok kita depan mata, hargai lah dia orang sebelum terlambat.















Thursday, July 26, 2018

Segmen bloglist Aug & Sept by zzzyy.blogspot.com


Lagi lagi satu segmen yang cukup mudah untuk di join...click banner 

Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah



Bersegmen pulak lah kita,kali nie segmen dari nurul najihah dan syarat-syarat je sangat mudah macam makan kacang sambil tengok citer korean ha ko hado..rugi siapa tak join tu eh...

Collective empties - 1.0

Assalamualaikum ,MN ada satu habit dimana setiap kali product skincare yang MN guna dah habis MN tak buang terus tapi simpan dalam kotak , sampai lah terkumpul banyak lepas tu kalau dah rasa tak ada tempat nak isi baru lah MN buang itu pun MN akan pilih yang mana patut buang,MN sendiri pun pelik dengan diri MN nie , mungkin sebab botol tu lawa kot sampai MN tak sampai hati nak buang,ada ke orang lain macam MN nie...

Okey lah baru-baru nie ada beberapa skincare yang MN pakai dah habis di guna , MN pun kumpul dan ambik gambar sebab MN nak share dengan korang apa MN guna.Fikir punya fikir MN nak buat reviews pendek pasal skincare yang MN pakai nie mungkin  ada antara korang nak mencuba.Entry kali nie panjang sikit lah harap ada lah sudi membaca sampai habis.

 


sumber : google


1.Argania Light - (Will not repurchase ) - MN tak nampak apa-apa perubahan dekat skin MN , bagi MN face oil nie lambat sikit nak menyerap sebab tu MN guna pada waktu malam je.MN banyak pakai dekat bahagian badan terutama bahagian tumit kaki dan lengan.

sumber : google

2.Celebrity Serum By Wowwalah - (Repurchase) - Ada dua jenis serum iaitu Jessica Alba ( untuk jerawat,jeragat,sensitive , kusam) , Beyonce (untuk anti aging , tona tak sekata , glowing) salah satu favorite serum yang MN suka pakai , sebab serum nie jenis waterbase , cepat menyerap , tak berminyak.Dan amat sesuai untuk oily skin,untuk muka yang bermasalah, nie dah kali ke dua MN pakai dan dah habis pun , sangat-sangat membantu merawat jerawat dan parut.

sumber : google

3.Hada Labo Hydrating Water -(Maybe Repurchase) - highly recommended untuk oily skin , nie bekas ke dua MN guna, tak melekit langsung dan cepat serap tak perlu nak tunggu lama-lama , dan ada  hyaluronic acid dekat dalam tu,korang pun tahu yang hyaluronic acid nie sangat bagus untuk skin kita.Tapi buat masa sekarang MN tak repurchase sebab MN nak try guna moisturizer yang lain.

Sumber : Fb Avaanja


4.Turmeric Miracle Serum Rama-rama - MN tak ada masalah jerawat jadi MN tak tahu samaada berkesan atau tak untuk mereka ada masalah berjerawat tapi korang boleh baca testimoni dekat ig avaavanja .Tapi serum nie sesuai untuk skin sensitive MN suka sangat pakai sebab muka MN selalu gatal-gatal di sebabkan habuk atau salah makan.Dalam serum nie ada agen antiseptik + antibakteria.

Sumber : Google


5.Super Sunscreen From Nadre (Repurchase) - Dalam routine skincare MN tak pernah tinggal sunscreen,sebab dengan memakai sunscreen skin kita akan di protect dari UV rays juga untuk elakkan kulit berkedut di sebabkan sinaran matahari.MN suka pakai sunscreen dari nadre sebab tak melekit,cepat absort dan tak tinggalkan white cast,and tak buat skin kita terlalu oily.Highly recommend.

Sumber : Fb Avaanja

6.Tummeric Mask From Rama-rama - (Repurchase) - MN suka gila pakai mask dari avaavanja nie bukan saja mampu merawat kegatalan dekat muka siapa ada jerawat pun boleh guna ,kalau korang guna hari-hari korang akan nampak skin korang makin lama makin cerah..haaa tapi bergantung jenis kulit muka lah sebab nie bukan instant punya pemutih ya..nie mencerah secara perlahan-lahan.Siapa-siapa ada sunburn pun boleh guna.


Sumber Google

7.Argania Wonder Oil Trial- (Maybe Repurchase) - Abaikan sticker dekat botol tu dah tak nampak and comot (gambar atas sekali ya), ok argan oil dia kakak kepada argania light beza nya wonder oil 100% pure argan,argania light pulak mix dengan oil yang lain.MN lagi suka wonder oil nie sebab bila letak dekat muka MN tak rasa oily sangat dan oil tu menyerap masuk ke kulit muka MN tak perlu nak tunggu lama-lama , MN rasa MN sesuai dengan wonder oil nie berbanding dengan argania light.

Sumber Google

8.Hyaluronic Water Gel (HA) Trial - (Repurchase) - MN dah repeat order few time , tapi yang ni trial punya sebab yang full size OOS jadi terpaksa beli yang trial punya.MN guna sebagai essence lepas cuci muka pakai toner MN akan pakai HA ,memang buat muka MN rasa tegang gitu.HA juga membantu hydrate dan plumps your skin macam buat botox . Dan membantu melambatkan ageing proses.

Fuhhh letih tangan menaip kalau tak ada yang baca memang MN berhuhuhu jelah...nie baru sikit ada lagi product yang MN guna dah habis..nanti ada masa MN buat reviews yang lain pulak ya..selamat membaca byeee..

Monday, July 16, 2018

Quotes Of The Days : 6


Say morning duluan , petang sikit baru ada masa nak terjah blog yang MN folow..tapi kenapa MN tak dapat notification dekat email kalau ada orang komen ya..kena setting apa-apa ke..

Friday, July 13, 2018

Yee Mee Kung Fu


Assalamualaikum , yeay dah hari jumaat hari yang di nanti-nantikan mereka yang berkerja di pejabat,tak kira lah kerajaan ke swasta ke semua tak sabar-sabar nak bercuti hujung minggu kan.. Tapi MN esok kerja half day memang company MN hari sabtu kena kerja tapi half day jelah.. Kalau ada cuti umum hari sabtu MN lah paling suka sekali sebab boleh cuti 2 hari.




Hari jumaat jugak hari makan bersama-sama officemate , kenape hari jumaat je ?? sebab hari isnin-jumaat MN tak makan dekat luar MN ada bawak bekal dari rumah , sorang lagi balik rumah makan,sorang lagi keluar makan dengan suami,jadi hari jumaat jelah kita orang makan bersama-sama...Kira seminggu sekali memang kita orang akan makan sekali.

Hari nie MN order yee mee kung fu , dalam tu ada sayur dengan cendawan kuah tu di campur dengan telur , mungkin next time MN tak nak ada telur dalam tu sebab tak kena dengan tekak MN .Dan yee mee tu dia tak celur pun terus masukkan satu yee mee tu lepas tu tuang kuah atas yee mee.Not bad lah rasanya tapi macam MN beritahu tadi lepas nie tak nak ada telur dalam tu.


Wednesday, July 11, 2018

Nak Berniaga Biar Kena Caranya

Assalamualaikum , MN biasa sebelum buat kerja MN akan layan FB sekejap , bila scroll FB tu macam-macam lah orang update dekat wall,ada yang share resepi,ada video live yang semalam punya , ada jugak yang buat sesi luahan dalam FB nie dan tak kurang jugak yang berniaga dalam FB.Tiba-tiba MN rasa geram pulak dengan sorang sis nie (Sebab nampak macam dah berumur sikit ) biasalah orang berniaga nie ayat nya bukan main lagi kan untuk menarik orang untuk membeli samalah macam sis nie.tapi dia punya ayat memang mintak di kecam oleh mak-mak bawang.Boleh tengok dekat bawah MN ada SS.


MN tak nak lah cakap zaman tok nenek kita guna air perigi air sungai,zaman mak pak kita pakai air paip,MN pun tak ada penapis air kat rumah...Ya air kat malaysia nie tak berapa elok kadang-kadang bau klorin bagai , rumah sewa MN lama dulu MN kena biarkan air dekat sinki dalam seminit dua sebab ada bau klorin gitu , kita sendiri pun tak nampak dalam tangki tu macam mana ntah-ntah ada besi dah berkarat dalam tu tak kan kita nak pergi panjat pulak kan...

Tak salah nak berniaga tapi yang salah bila tak kena caranya..nak menarik minat orang membeli kenalah pandai mengunakan fakta-fakta yang betul sikit jangan main tulis je.

Walaupun orang tu gaji 3K sebulan pun jangan ingat orang tu mampu lagi nak ambik satu penapis air silap hari bulan setiap bulan banyak nak kena bayar itu ini termasuk lah mak pak hak berkerja nie ntah-ntah gaji ngam-ngam untuk bulan tu,mak pak mana tak sayang anak weii mak pak mana tak nak bagi terbaik untuk anak dia, tapi dah sampai beritahu buah pinggang rosak sebab air karat??? seriusly ???Kalau betul lah sis nie dapat fakta dari mana ya...atau buat fakta sendiri??atau sis nie doctor ??? Ada siapa-siapa boleh bagi jawapan tak??

MN memang tak ada SS komen-komen orang dalam tu dan status sis nie dah padam tak tahu tuan badan sendiri yang padam atau admin dalam group tu.MN mintak maaf kalau penulisan nie ada buat orang kecik hati ke apa , dan tak semua orang yang jual penapis air tu tak bagus ..masing-masing ada cara sendiri untuk menarik customer dia...tapi please lah bagi fakta yang betul sikit jangan main cakap je..okeylah dah banyak MN bebal dalam nie..jumpa next entry.bye


Blog List Segment - August Edition by DA


Jom kita support segmen dar DA ..click banner ok.Segmen bermula dari 10 julai 2018 hingga 29 julai 2018

Tuesday, July 10, 2018

Life Tips



Think it over... It's okay to have standards and boundaries. It's a reflection of self-respect.

Monday, July 9, 2018

Beli Barang Dekat Watsons




Assalamualaikum , memang tak sah kalau masuk watsons kalau tak beli apa-apa betul tak.. walaupun dari tempat kerja MN hanya nak beli cotton puff je , tapi bila dah masuk sana hurmm bertambah pulak barang yang nak beli.

Facial Cotton Puff

MN memang pakai brand watsons kalau nak beli cotton puff salah satunya sebab cotton puff dia sangat-sangat lembut bila di guna tak rasa kasar lansung np rm 5.50 ada 100pcs.

Cleansing Water

Firstime MN nak try cleansing water dari Biore , np rm 9.90 kalau tak salah.

Hada Labo Mask

MN tak pernah try hada labo punya mask MN hanya pernah guna toner dengan moisturizer je , np rm 9.90 dapat 2 mask,kalau di ikutkan ibarat buy 1 free 1 sebab untuk 1 pcs rm 9.90.


Saturday, July 7, 2018

Makan Vegetarian Food

Assalamualaikum korang , story masa lunch semalam..sedar tak sedar MN dah 3 tahun lebih kerja dengan distibutor telco , company yang MN kerja nie ramai chinese jadi kena pandai adapt diri sendiri untuk bergaul,walaupun ada orang kata agak susah nak bergaul tapi MN boleh kira bernasib baik kot dia orang semua baik-baik dan senang buat kawan.

Jadi dari situ MN belajar makan makanan vegetarian, salah sorang offismate MN dia memang 100% vegetarian memang tak makan apa-apa jenis benda hidup macam daging,ikan,sotong,udang semua tulah.Ada masa kita orang keluar pergi makan vegetarian tapi pergi orang melayu boleh makan dan masuk lah, officemate MN pun tak akan simply ajak dan masuk tempat yang melayu tak boleh masuk.Sebab ada jugak tempat vegetarian campur dengan masakkan bukan vegetarian..

Biasa MN makan bertiga je dan kebiasaanya makanan di order 1 sayur , 2 jenis lauk , 1 jenis sup dan 3 nasik kecik (nie ada dua jenis nasi ada besar ada kecik ) boleh tengok gambar dekat bawah.



Nasi

Sawi Cameron

Yam + Gajus + Cendawan + Sengkuag + Bihun Goreng

Tauhu

Sup Sayur Masin

Tea O suam

Kenyang ke makan macam nie,sebenarnya kenyang yang amat...mungkin ada antara kita tak pernah pergi atau makan makanan vegetarian atau ada jugak jenis yang was-was kan, pada yang was-was tu tak perlu pergilah nanti jatuh ke arah lain pulak, sekarang dah banyak restoran vegetarian yang melayu boleh masuk dan makan you should be try rasa kelainanya.

SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ


MN join segmen dari EJULZ rugi siapa tak join hadiah pun boleh tahan menarik , macam biasa boleh click dekat banner di atas..Btw Segmen tamat hujung bulan nie 31/7/2018 sempat lagi kalau nak join.

Buat masa sekarang nie memang MN tak ada buat apa-apa kerja partime memandangkan MN memang sudah ada kerja tetap.Beberapa tahun sebelum nie memang MN ada buat kerja partime sebagai dropship tudung dengan baju itu pun tak lama bukan sebab tak ada sales atau malas tapi sebab masa MN terhad agak susah nak active menjual.

Friday, July 6, 2018

Thursday, July 5, 2018

Wednesday, July 4, 2018

Lunch Hari Ini Mee Kari

Assalamualaikum , Hai semua selamat tengahari..dah Lunch ke korang ? Lunch apa je hari nie..
MN kalau keluar makan mesti ada 2 masalah MN akan timbul iaitu NAK MAKAN DEKAT MANA dan NAK MAKAN APA? ada macam MN tak? angkat ibu jari.


Hari nie MN pergi makan dekat KOPITIAM STARCITY STREET officemate ajak pergi sana , sekali sekala pergi makan jauh sikit dari tempat kerja , asyik tempat sama je kan makan.Maaf tak ambil gambar sangat hanya makanan dan minuman yang MN pesan aje.

MILO PANAS RM 3.50


MEE KARI RM 8.90
Suasana kedai kopitiam nie biasa-biasa je macam kopitiam yang lain , tapi servis dekat sini sangat-sangat lambat , nak tunggu air pun dah 20 minit tu belum makanan sampai lagi memang bercinta..Lepas tu salah hantar makanan lagi..lagi lah kena menunggu,kalau segi harga memang agak mahal lah tengok jelah air milo panas MN pun dah RM 3.50 kan.Mee kari dia not bad cuma terlalu banyak udang kering MN kurang berminat.

Bagi MN siapa-siapa yang jenis tak kejar masa and jenis bersantai boleh lah lepak sini borak-borak , tapi bagi yang time berkerja tu elakkan lah..MN rasa oldtown pun servis dia lagi laju kot..Nie first and last MN datang sini..