Wednesday, July 4, 2018

Lunch Hari Ini Mee Kari

Assalamualaikum , Hai semua selamat tengahari..dah Lunch ke korang ? Lunch apa je hari nie..
MN kalau keluar makan mesti ada 2 masalah MN akan timbul iaitu NAK MAKAN DEKAT MANA dan NAK MAKAN APA? ada macam MN tak? angkat ibu jari.


Hari nie MN pergi makan dekat KOPITIAM STARCITY STREET officemate ajak pergi sana , sekali sekala pergi makan jauh sikit dari tempat kerja , asyik tempat sama je kan makan.Maaf tak ambil gambar sangat hanya makanan dan minuman yang MN pesan aje.

MILO PANAS RM 3.50


MEE KARI RM 8.90
Suasana kedai kopitiam nie biasa-biasa je macam kopitiam yang lain , tapi servis dekat sini sangat-sangat lambat , nak tunggu air pun dah 20 minit tu belum makanan sampai lagi memang bercinta..Lepas tu salah hantar makanan lagi..lagi lah kena menunggu,kalau segi harga memang agak mahal lah tengok jelah air milo panas MN pun dah RM 3.50 kan.Mee kari dia not bad cuma terlalu banyak udang kering MN kurang berminat.

Bagi MN siapa-siapa yang jenis tak kejar masa and jenis bersantai boleh lah lepak sini borak-borak , tapi bagi yang time berkerja tu elakkan lah..MN rasa oldtown pun servis dia lagi laju kot..Nie first and last MN datang sini..

1 comment: