Assalamualaikum and hai awak semua, berhabuk habis dah blog nie sebab tak ada post apa-apa entry..last entry isnin yang lepas itu pun curi-curi masa buat entry.Minggu lepas memang busy day termasuk lah minggu nie gara-gara sistem slow macam kura-kura , banyak kerja kena buat secara manual tu belum termasuk kerja-kerja yang belum di buat..betul lah orang kata kerja nie sampai esok pun tak akan habis.
Entry kali nie pun kita buat throwback jelah erk..Raya Haji hari tu MN cuti sehari je kira rabu jelah MN cuti hari khamis dah start kerja balik.Raya pun tak kemana-mana pun hanya dua buah rumah je pergi tu pun rumah mentua dengan rumah mama MN.
Menu wajib ada setiap hari raya tak kira lah raya puasa ke raya haji ke mesti ada satay , MIL memang setiap tahun akan order satay 200-300 ,pagi raya bakar dalam oven je.Gambar menu lain tak sempat eh nak ambil bila anak-anak sedara duk main police tang tree pulak dah keliling meja.
Kek nie kebetulan ada dekat atas meja tu..jadi kita ngapp jelah hahaha ...
Menu dekat atas tu menu dekat rumah mama MN , nasi dagang tapi tak tahu lah kenapa tiba-tiba gulai ikan tu ada udang pulak dah hahahaha nasi dagang ni nenek MN yang buat kan..lepas tu ada lah lemang lawan pulak dengan rendang ayam kan memang letop lah.
Hari raya haji nie kalau dekat bandar tak meriah macam beraya dekat kampung-kampung ,siapa-siapa yang balik kampung tu mesti seronok kan...siapa kawan-kawan bloger yang balik kampung say hai sikit....okey lah jumpa next entry...oh sebelum nak beritahu jugak MN belum ada peluang nak Blogwalking lagi nanti senang-senang MN pergi melawat ya..
Wednesday, August 29, 2018
Monday, August 20, 2018
I'M BUSY
Assalamualaikum , MN hari nie super duper busy banyak sangat kerja nak kena siapkan..esok pulak last day kerja sebelum kita sama-sama menyambut Hari Raya Haji..jadi MN tak dapat nak buat blogwalking buat sementara nie..kalau malam karang MN free MN akan buat satu lagi entry,tapi tengok keadaan lah ya...
Friday, August 17, 2018
Story Fb : # 2 Gelang Tiub @ Getah
Assalamualaikum , sebenarnya story fb nie saja-saja je MN letak tajuk depan macam tu sebab bila scroll dekat fb ada je cerita atau gambar yang di share oleh kawan-kawan atau page.Salah satunya gelang tiub @ getah MN tak tahu orang lain panggil nama apa kalau MN panggil gelang tiub sebab di buat daripada tiub aquarium,bila MN nampak je page Sinar share gambar tu terus MN mengimbau kembali kenangan masa sekolah rendah dulu-dulu.
Gelang nie dulu famous amos lah bagi budak-budak sekolah rendah termasuk lah MN sendiri , ada budak-budak dalam kelas jual dengan harga 50sen dengan 30sen tapi masa tu memang MN tak beli lah yelah masa tu duit ada cukup-cukup nak makan je tak kan nak beli gelang pulak kan..
Tapi disebabkan nak jugak gelang macam tu MN gigih buat sendiri,kebetulan aquarium dekat rumah mama MN tu dah tak guna tapi tiub tu ada lah..MN pergi potong sikit lepas tu bawak pergi rumah nenek MN sebab rumah mama dengan nenek tak jauh mana pun.
Lepas tu pergi cari kain yang tak guna lepas tu gunting..cari pulak minyak sebab nak buat gelang macam nie guna minyak..kain tu celup dalam minyak lepas tu sumbat dalam tiub tu guna lidi penyapu nenek MN ..dah siap semua tiub tu kena cairkan guna api baru gelang tu boleh bercantum..
hahaha kenangan yang tak dapat MN lupakan punya lah nak gelang tu.
Korang ada kenangan tak macam nie yang korang tak boleh lupakan..
Thursday, August 16, 2018
Giveaway Yeayyy, this is my birthday month
MN nak ucapkan selamat hari jadi kepada CikLa , semoga panjang umur dan di murahkan rezeki dan di beri kesihatan baik-baik.
Buat masa MN tak ada twitter..mungkin akan datang..
Nak join click banner dekat atas ya...
Wednesday, August 15, 2018
Keropok Lekor Kemaman
Assalamualaikum , petang semalam dalam pukul 3 pm macam tu husband MN call dia beritahu dia tak dapat ambil MN balik kerja sebab kena pergi kemaman sebab ada kerja dekat sana,husband MN mintak MN balik naik Grab je.
Nie kali kedua MN naik grab sekarang pun dah senang nak kemana-mana tak macam zaman MN dulu-dulu masa tu tak ada kereta atau motor jadi terpaksa lah tunggu bas atau teksi..kalau tunggu bas memang bercinta jelah kadang-kadang kata pukul 2 pm ada bas masuk tapi tak masuk-masuk , kalau teksi pulak pun sama jarang masuk dekat kawasan perumahan MN tu kalau ada masuk harga pulak sampai cekik darah nie pengalaman MN sendiri lah..
Sampai je depan rumah terus MN call husband lapor diri yang MN dah selamat sampai..borak-borak kejap lepas tu terus MN cakap tolong belikan keropok lekor , tapi dia tak janji lah sebab sampai sana pun dah petang tak tahu ada jual ke tak lagi.Husband MN sampai malam dekat rumah dalam pukul 11 pm macam tu..sampai-sampai terus dia bagi kepok @ keropok lekor , dia kata nasib ada bukak lagi...rezeki MN.

Cara MN makan semalam macam gambar dekat atas tu , MN malas nak goreng lepas tu nak basuh kuali pulak kan,tapi makan macam nie pun sedap sebab time husband MN buat balik tu terasa suam-suam panas lagi.Lebihan kepok lekor tu hari nie baru MN nak goreng.
Segmen Bloglist Blog Niey
Dah lama tak join mana-mana segmen this time MN join..tapi MN nie tak adalah active sangat sebagai contoh buat entry satu hari 3-4 entry..sebab MN ada kerja hakiki kena tengok masa yang sesuai untuk berblog..tapi MN cuba lah join ya..
Tarikh Tutup
19 Ogos 2018
Monday, August 13, 2018
Haul Watson - August
Assalamualaikum , barang yang sempat di caras baru-baru nie :)
- Mask
- Toothbrush
- Cleanser Cetaphil
- Nivea Lotion
- Deodorant
Ada regular customer macam MN setiap bulan mesti cari Watson lol :)
Saturday, August 11, 2018
Dinner Chicken Chop - Medan Selera Taman Sepakat
Assalamualaikum , cerita semalam MN kalau nak makan Chicken Chop tak perlu nak pergi jauh-jauh sampai ke bandar , boleh makan dekat depan rumah je setakat nie Chicken Chop dia yang terbaik jugak lah MN pernah makan.
Harga Chicken Chop nie dalam RM 12-13 kalau tak salah , MN jenis makan memang tak tuang terus blackpeper sos tu ...ntah lah MN tak berapa suka..kebiasaanya MN potong ayam tu lepas tu celup dalam sos tu,lain orang lain cara makannya okey..
Friday, August 10, 2018
Cinema : Mission Impossible 'Fallout'
Assalamualaikum, lama MN tak buat entry sebab minggu lepas mood bercuti lepas balik dari bercuti banyak lah kerja menanti dekat office,bukan tak ada orang cover kerja MN ada je cuma dia orang masuk dalam sistem je,kalau untuk excell memang MN akan buat sendiri dari orang lain yang buat nanti jadi pening pulak MN.Hari nie ada masa sikit nak buat entry , cerita nie sebelum MN pergi ke bukit fraser tiba-tiba husband ajak pergi tengok movie MN on je.
Sebenarnya last MN tengok wayang tahun 2014 bayangkan lah berapa lama tak tengok movie , MN bukan jenis suka sangat tengok wayang nie samalah dengan husband MN .. bila husband ajak pergi tengok movie terkejut jugak MN ea lah tiba-tiba je kan..bila husband cakap nak tengok mission impossible terus MN setuju..sebab MN memang suka citer jenis action macam nie kira cerita nie MN boleh layan lah.
MN memang suka kalau Tom Cruise hak berlakon walaupun umur dah cecah 50an still maintain lagi..semua aksi stunt dia buat sendiri dari berlari,lompat sana sini ,terbang dari udara termasuk lah bawak helicopter fuhh memang terer lah dia hehehe.
Lepas nie nak tengok hantu kak limah pulak minggu depan kot pergi..sekarang husband MN bz..
ok lah jumpa lagi next entry ok.bye

Wednesday, August 1, 2018
August 2018
Assalamualaikum hai korang..dah bulan August dah chuoolsss apa je korang dah buat untuk tahun 2018 nie , wishlist korang dah berjaya ke?? atau masih di awang-awangan lagi hehehe....