Assalamualaikum and hai awak semua, berhabuk habis dah blog nie sebab tak ada post apa-apa entry..last entry isnin yang lepas itu pun curi-curi masa buat entry.Minggu lepas memang busy day termasuk lah minggu nie gara-gara sistem slow macam kura-kura , banyak kerja kena buat secara manual tu belum termasuk kerja-kerja yang belum di buat..betul lah orang kata kerja nie sampai esok pun tak akan habis.
Entry kali nie pun kita buat throwback jelah erk..Raya Haji hari tu MN cuti sehari je kira rabu jelah MN cuti hari khamis dah start kerja balik.Raya pun tak kemana-mana pun hanya dua buah rumah je pergi tu pun rumah mentua dengan rumah mama MN.
Menu wajib ada setiap hari raya tak kira lah raya puasa ke raya haji ke mesti ada satay , MIL memang setiap tahun akan order satay 200-300 ,pagi raya bakar dalam oven je.Gambar menu lain tak sempat eh nak ambil bila anak-anak sedara duk main police tang tree pulak dah keliling meja.
Kek nie kebetulan ada dekat atas meja tu..jadi kita ngapp jelah hahaha ...
Menu dekat atas tu menu dekat rumah mama MN , nasi dagang tapi tak tahu lah kenapa tiba-tiba gulai ikan tu ada udang pulak dah hahahaha nasi dagang ni nenek MN yang buat kan..lepas tu ada lah lemang lawan pulak dengan rendang ayam kan memang letop lah.
Hari raya haji nie kalau dekat bandar tak meriah macam beraya dekat kampung-kampung ,siapa-siapa yang balik kampung tu mesti seronok kan...siapa kawan-kawan bloger yang balik kampung say hai sikit....okey lah jumpa next entry...oh sebelum nak beritahu jugak MN belum ada peluang nak Blogwalking lagi nanti senang-senang MN pergi melawat ya..
meriah.. sedap2 menu :)
ReplyDeleteMeriahnya menu raya haji sis.. Salam Aidil Adha..
ReplyDelete