Misy Nelly

Post Top Ad

September 21, 2018

Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com

by , in


Jom join sekali..click banner dekat atas
September 21, 2018

Nasi Lemak Ikan Aya

by , in
Hai semua sihat ke? MN dah 4 hari tak sihat sebab selsema..kalau kena je selsema memang sakit sampai kepala pun berdenyut-denyut..walaupun tak sihat tapi selera tu ada je kalau nak makan..macam mana lah nak kuruskan hihihihi...

MN memang suka sangat makan nasi lemak tak tahu lah kenapa..dalam semiggu tu mesti 1-2 kali makan nasi lemak..tak pernah muak.. paling MN suka makan nasi lemak ikan aya atau orang panggil ikan tonggkol ..memang tak pandang dah kiri kanan selera sungguh makan.

Nasi Lemak Ikan Aya Fav Nie

Menu Tambahan Satay
Husband MN order Mee Sup yang nie tak ada gambar sebab makanan husband sampai lambat jadi MN makan dulu...Setakat nie dua tempat je yang MN rasa nasi lemak ikan paling sedap MN pernah makan..satu dekat sg isap jaya (jual waktu pagi) satu lagi dekat sg isap perdana nama kedai zul tak salah (tak pasti waktu pagi ada jual ke tak) yang kat tempat lain pernah makan tak berapa kena dengan tekak.. MN memang cerewet kalau bab makan sebab tu banyak tempat makan MN hanya pergi sekali je...atau next time tak akan order dah makanan yang sama... awak semua suka makan apa pulak??
September 17, 2018

Mood Kena Kerja Hari Nie

by , in

Hai korang MN pasti korang tengah bercuti kan kan kan..best lah macam MN kena kerja hari nie tak tahu lah kenapa tiba-tiba kena kerja terus tak ada mood okey...macam tahun-tahun sebelum kami memang akan cuti ikut calendar,tapi tiba-tiba supervisor cakap kena kerja..tapi akan di ganti cuti pada hari lain..MN lebih suka kalau company bayar je untuk staff yang kerja hari nie berbanding ganti cuti sebab cuti MN ada banyak lagi belum di ambil..korang doa-doa kan lah supaya MN tak tertidur atas meja nie sebab kerja MN semua dah siap huhuhuhu.
September 14, 2018

Quotes Of The Days : 9

by , in

The sign of a beautiful person is that they always sees beauty in others...
September 13, 2018

justice for kucing dobi

by , in
Orang zaman sekarang nie dah tak ada sifat keperikemanusiaan dah..rasanya ramai yang dah tahu pasal viral kucing yang dimasukkan dalam mesin basuh dekat dobi.MN tak tengok pun video tu belum ada keberanian lagi.

MN pun kadang-kadang rasa geli dengan kucing sebab badan kucing jenis lembik kalau di pegang.. kadang-kadang MN rasa geram jugak dengan kucing bila dia membuang merata tapi belum sampai nak pukul atau sebagainya cuma mulut MN jelah bising-bising ini normal lah kan... lagipun animal nie tak ada akal kita marah pun dia pun buat tak tahu je betul tak???

Tapi kita nie sebagai manusia jangan lah bersikap kejam sampai menyakitkan animal,kucing tu pun tak ada buat salah apa-apa..dunia akhir zaman macam nie lah kan..MN harap orang yang buat kucing macam tu dapat balasan yang setimpal biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah.
September 12, 2018

Beli Ubat Gigi Darlie Percuma Mug Comel

by , in
Hai korang...ada yang dah tidur ke? MN malam nie ada masa nak buat entry ringkas  ringkas je sebelum masuk tidur.

Sebelum nie MN ada baca dekat blog SHIVEN  dia ada beli ubat gigi darlie lepas tu dapat percuma mug yang comel...berkenan pulak MN nengok..intai intai jugak dekat drugstore dengan pasaraya tapi tak jumpa..Baru baru nie MN ada pergi Giant Kuantan nampak lah ubat gigi darlie nie percuma mug tu..apa lagi MN terus lah ambik semata-mata nak mug tu hehehe.MN memang pengguna ubat gigi darlie nie kira tak rugi lah beli.




Comel tak mug tu??MN memang suka kalau beli apa-apa ada free gift ,seronok je rasa hakhakhak.. sebab kadang-kadang free gift nie comel-comel je..Mata MN dah mengantuk nie sambil menaip nie pun sambil menguap adoii..kita jumpa next entry ya..




September 11, 2018

Hand Wash Dari Guardian

by , in

Assalamualaikum selamat ketemu lagi ya sahabat blogger ku sekalian tibeee kan...maaf lah kalau ada blogger lain datang ke blog MN nie tengok blog nie keadaan sendu sebab MN tak dapat nak buat entry sebab kekangan kerja hakiki di ulangi kerja hakiki.blog nie pun hanyalah partime sahaja..sebab tu MN agak ragu nak join mana mana segmen atau giveaway kalau ada syarat blog kena active wuhuaaaa sedih tau..its okey benda benda macam nie memang tak dapat di elakkan betul tak uolsss...

Nak cerita MN nie jarang tau masuk atau beli dekat guardian sebab harga dia agak mahal sikit berbanding dengan watson kecuali kalau guardian betul betul buat sales baru MN akan beli , kebiasaanya MN akan beli hand wash je dekat guardian.

Sebab hand wash dekat guardian tak buat tangan MN rasa kasar..lembut je, bau pun boleh lah tak terlalu wangi sampai pening kepala..NP 5++ untuk 1 hand wash tapi bila promo 3 botol RM 11++ so MN akan beli time promo jelah murah sikit kan.Kali nie beli campur bauan selalu suka bau yang rose je kalai nie kita tukar selera sikit heee.. okey lah sampai sini sahaja jumpa next entry ya...byeee


September 11, 2018

Story Fb : Berkata Baik Atau Diam

by , in

Jangan mencela org lain kerana kita tidak tahu dugaan kita nanti berupa apa...

September 04, 2018

Tak Boleh Ada Orang Lain Lebih .....

by , in

September 04, 2018

Segmen Top Commentators Blog Nieyl

by , in

MN kembali dengan menyertai segmen muhehehe (gelak besar) .. okey lah siapa siapa nak join click banner dekat atas...
August 29, 2018

#Throwback Hari Raya Haji

by , in
Assalamualaikum and hai awak semua, berhabuk habis dah blog nie sebab tak ada post apa-apa entry..last entry isnin yang lepas itu pun curi-curi masa buat entry.Minggu lepas memang busy day termasuk lah minggu nie gara-gara sistem slow macam kura-kura , banyak kerja kena buat secara manual tu belum termasuk kerja-kerja yang belum di buat..betul lah orang kata kerja nie sampai esok pun tak akan habis.

Entry kali nie pun kita buat throwback jelah  erk..Raya Haji hari tu MN cuti sehari je kira  rabu jelah MN cuti hari khamis dah start kerja balik.Raya pun tak kemana-mana pun hanya dua buah rumah je pergi tu pun rumah mentua dengan rumah mama MN.


Menu wajib ada setiap hari raya tak kira lah raya puasa ke raya haji ke mesti ada satay , MIL memang setiap tahun akan order satay 200-300 ,pagi raya bakar dalam oven je.Gambar menu lain tak sempat eh nak ambil bila anak-anak sedara duk main police tang tree pulak dah keliling meja.


Kek nie kebetulan ada dekat atas meja tu..jadi kita ngapp jelah hahaha ...





Menu dekat atas tu menu dekat rumah mama MN , nasi dagang tapi tak tahu lah kenapa tiba-tiba gulai ikan tu ada udang pulak dah hahahaha nasi dagang ni nenek MN yang buat kan..lepas tu ada lah lemang lawan pulak dengan rendang ayam kan memang letop lah.

Hari raya haji nie kalau dekat bandar tak meriah macam beraya dekat kampung-kampung ,siapa-siapa yang balik kampung tu mesti seronok kan...siapa kawan-kawan bloger yang balik kampung say hai sikit....okey lah jumpa next entry...oh sebelum nak beritahu jugak MN belum ada peluang nak Blogwalking lagi nanti senang-senang MN pergi melawat ya..






August 20, 2018

I'M BUSY

by , in

Assalamualaikum  , MN hari nie super duper busy banyak sangat kerja nak kena siapkan..esok pulak last day kerja sebelum kita sama-sama menyambut Hari Raya Haji..jadi MN tak dapat nak buat blogwalking buat sementara nie..kalau malam karang MN free MN akan buat satu lagi entry,tapi tengok keadaan lah ya...
August 17, 2018

Story Fb : Gelang Tiub @ Getah

by , in

Assalamualaikum , sebenarnya story fb nie saja-saja je MN letak tajuk depan macam tu sebab bila scroll dekat fb ada je cerita atau gambar yang di share oleh kawan-kawan atau page.Salah satunya gelang tiub @ getah MN tak tahu orang lain panggil nama apa kalau MN panggil gelang tiub sebab di buat daripada tiub aquarium,bila MN nampak je page Sinar share gambar tu terus MN mengimbau kembali kenangan masa sekolah rendah dulu-dulu.



Gelang nie dulu famous amos lah bagi budak-budak sekolah rendah termasuk lah MN sendiri , ada budak-budak dalam kelas jual dengan harga 50sen dengan 30sen tapi masa tu memang MN tak beli lah yelah masa tu duit ada cukup-cukup nak makan je tak kan nak beli gelang pulak kan..

Tapi disebabkan nak jugak gelang macam tu MN gigih buat sendiri,kebetulan aquarium dekat rumah mama MN tu dah tak guna tapi tiub tu ada lah..MN pergi potong sikit lepas tu bawak pergi rumah nenek MN sebab rumah mama dengan nenek tak jauh mana pun.

Lepas tu pergi cari kain yang tak guna lepas tu gunting..cari pulak minyak sebab nak buat gelang macam nie guna minyak..kain tu celup dalam minyak lepas tu sumbat dalam tiub tu guna lidi penyapu nenek MN ..dah siap semua tiub tu kena cairkan guna api baru gelang tu boleh bercantum..
hahaha kenangan yang tak dapat MN lupakan punya lah nak gelang tu.

Korang ada kenangan tak macam nie yang korang tak boleh lupakan..

Post Top Ad

My Instagram