Post Top Ad

Collective empties - 2.0

MN kembali dengan Short Review 2.0 , kenapa tak buat full review?? Sebenarnya ada je nak buat tapi bila dah di tangguh-tangguh sampai dah tak sedar dah habis guna hahaha..lagipun kualiti gambar ambil dari hp nie macam kurang sikit kualiti..tak cantik lah senang citer..sebab MN tak ada kamera hanya mengunakan 100% kamera hp.. hp pulak banyak kali dah jatuh tu sebab bila ambil je gambar jadi tak cantik..nak beli yang baru kena tengok bajet dulu..Jom lah kita teruskan..




1. Neula Aloe soothing mist (98%)

Khusus untuk anti-pimple dan juga oil control lepas tu face mist nie 98% adalah aloe vera.Jadi bila sembur kat muka tu memang akan bau aloe vera..tapi bau dia boleh buat MN pening kepala tapi lepas few second bau tu dah hilang.Bagi fresh dekat muka sembur-sembur rasa nyaman je muka nie..untuk oil control bagi MN tak control mana pun..still akan berminyak muka kalau salah pre muka.Pakai face mist nie tak ada buat muka jadi meragam
Setakat nie..untuk pimple pulak MN tak boleh bagi komen pasal MN tak ada pimple.Price dalam 15++ beli time ada offer dekat guardian.

2.Micellar Water Maybelline

One of my favorite dah berbotol-botol dah MN guna memang tak pernah mengecewakan walaupun MN selalu curang dengan cleansing water maybelline nie last-last kembali jugak kepadanya..memang tak buat langsung muka rasa kering , buat kulit kita rasa moist je.. cuma kalau yang pakai jenis waterproof tu kena gigih lah depan cermin tu untuk tanggalkan.So far i liked.

3.Garnier Skin Naturals Micellar Oil-Infused Cleansing Water

Hak nie jenis instant removes makeup cuci mata cuci bibir terus hilang kalau guna yang waterproof, teksture yang ringan walaupun rasa macam ada oil je kat muka tapi tak melekit langsung,pergi toilet terus cuci muka tak akan rasa ada oil kat muka.Bau sedikit wangi walaupun ada argan oil kat dalam tu tapi bukan jenis pure.Ada tapinya bila pakai yang nie muka MN jadi kering lepas guna jadi macam kurang selesa sedikit.

4.Moss Mayra : Glam Face Primer (Local Product)

Face primer sesuai bagi mereka yang tak boleh guna yang jenis silicon punya sebab ada orang dia akan naik jerawat kan jadi primer nie jenis yang tak ada silicon sebab primer nie akan bagi moistutizing kat skin lepas tu ada SPF 30 PA++.Tak akan bagi skin too oily.


Last but no last eh apa tu lantak lah cuma MN nak bagitahu apa-apa reviews yang MN karang kat atas tu berdasarkan pengunaan atas kulit muka MN sendiri,tak semua product/barang kita guna sesuai untuk skin kita banyak nak kena try n erorr ya..So tak ada istilah over claim sesuatu product/barang tu, mungkin bagus dekat skin MN mungkin  tak bagi anda semua begitulah sebaliknya.




3 comments:

Post Top Ad

My Instagram