Berbalik pada cerita semalam,macam biasa lah kalau husband MN kena pergi kerja luar MN terpaksa naik grab untuk balik kerumah,kalau macam dulu MN tumpang officemate balik sebab duduk satu taman sekarang dia dah berhenti jadi kena naik grab jelah.
Nie bukanlah pertama kali MN naik grab ada lah 4 kali tak silap MN,tapi kali nie MN naik kereta axia..biasanya setiap grab memang keadaan kereta kena bersih dan wangi untuk beri keselesaan kepada penumpang.Tapi wangian kereta nie berbau macam coffee , di sebabkan balik time orang balik kerja jugak jadi jalan jam lah..dalam 30 minit jugak MN dalam kereta tu sampai MN pening kepala sebab bau coffee tu.Harga grab kadang-kadang tak sama biasa dari tempat kerja ke rumah MN dalam RM 11 atau RM 13 je tapi semalam naik RM 2 ..jadi RM 15 lah MN kena bayar..Husband cakap mungkin waktu kemuncak ea la time orang balik kerja mesti grab akan naik kan harga..Setakat MN naik grab nie driver semua ok ok..ada yang jenis senyap seribu bahasa..ada yang jenis peramah..ada jenis buat hal sendiri..tapi MN tetap bagi 5 bintang..sebab bagi MN dia orang nie cari rezeki yang halal,bukan senang nak buat kerja macam nie,bukan sepanjang waktu dapat customer.
ada dengar juga yang harga Grab makin naik. tapi ritu macam adaaa terbca penjelasan Grab knapa harga naik. related to demand ikut kawasan. apa2pun.. Grab lagi best dari teksi hehe..
ReplyDeleteOwh.. dah naik harga eh Grab.. Sha tak pernah cuba lagi.. Tapi setuju dengan cakap MN.. diorang cari makan.. hal sikit-sikit tolak tepilah.. Bagi rating baik-baik untuk memudahkan mereka terus dapat pelanggan..
ReplyDeletesedap keropok lekor tu..