Post Top Ad

kisah grab dan keropok lekor

MN ada lesen kereta dah lama ada lah kot 2 tahun dah..tapi lesen tu buat hiasan dalam purse je dengan kata lain walaupun MN ada lesen tapi MN tak bawak pun kereta.Salah satu sebabnya MN masih  ada perasaan takut-takut nak bawak terutama bila ke jalan raya.Sebab tu husband MN tak lepaskan lagi MN bawak pergi kerja risau katanya.Kalau setakat nak ke tunas manja tu boleh lah MN bawak sebab jalan tak sibuk mana.Ada je orang kata rugi buat lesen tapi tak bawak kereta..tapi bagi MN yang rugi tu duit MN bukan duit awak pun..tak semua orang mempunyai keberanian nak bawak..tapi tak bermaksud MN tak bawak langsung kereta..selama 3 minggu berturut-turut nie MN yang bawak kereta ke pasar tani ..ya hari ahad memang tak banyak kereta tapi sekurang-kurangnya MN beranikan diri jugak nak bawak betul tak..doa-doa kan lah MN supaya boleh bawak kereta dengan lancar terutama di jalan raya.

Berbalik pada cerita semalam,macam biasa lah kalau husband MN kena pergi kerja luar MN terpaksa naik grab untuk balik kerumah,kalau macam dulu MN tumpang officemate balik sebab duduk satu taman sekarang dia dah berhenti jadi kena naik grab jelah.

Nie bukanlah pertama kali MN naik grab ada lah 4 kali tak silap MN,tapi kali nie MN naik kereta axia..biasanya setiap grab memang keadaan kereta kena bersih dan wangi untuk beri keselesaan kepada penumpang.Tapi wangian kereta nie berbau macam coffee , di sebabkan balik time orang balik kerja jugak jadi jalan jam lah..dalam 30 minit jugak MN dalam kereta tu sampai MN pening kepala sebab bau coffee tu.Harga grab kadang-kadang tak sama biasa dari tempat kerja ke rumah MN dalam RM 11 atau RM 13 je tapi semalam naik RM 2 ..jadi RM 15 lah MN kena bayar..Husband cakap mungkin waktu kemuncak ea la time orang balik kerja mesti grab akan naik kan harga..Setakat MN naik grab nie driver semua ok ok..ada yang jenis senyap seribu bahasa..ada yang jenis peramah..ada jenis buat hal sendiri..tapi MN tetap bagi 5 bintang..sebab bagi MN dia orang nie cari rezeki yang halal,bukan senang nak buat kerja macam nie,bukan sepanjang waktu dapat customer.

Macam biasa lah kalau husband ke kemaman tak salah kalau tak beli keropok lekor,jadi pagi nie kita goreng lepas tu makan panas-panas lembut je keropok nie bila makan.





2 comments:

  1. ada dengar juga yang harga Grab makin naik. tapi ritu macam adaaa terbca penjelasan Grab knapa harga naik. related to demand ikut kawasan. apa2pun.. Grab lagi best dari teksi hehe..

    ReplyDelete
  2. Owh.. dah naik harga eh Grab.. Sha tak pernah cuba lagi.. Tapi setuju dengan cakap MN.. diorang cari makan.. hal sikit-sikit tolak tepilah.. Bagi rating baik-baik untuk memudahkan mereka terus dapat pelanggan..
    sedap keropok lekor tu..

    ReplyDelete

Post Top Ad

My Instagram