Post Top Ad

January 17, 2019

Jalan-jalan dan makan di Dubuyo

by , in
Hai semua,hari ahad baru-baru nie MN ada pergi mall saja pusing-pusing lepas tu sesi mengemukkan diri makan-makan.kali nie MN cuba makan dekat DUBUYO nie makanan korean lah , adik MN ajak try dekat sini pulak ha sedap ke idok,teruskan membaca okey.





Dubuyo nie kalau dekat kuantan ada satu je tu pun dekat kuantan city mall (KCM) , tempat dia tak ada lah besar mana pun,time ramai orang penuh lah masa nie belum ramai lagi, kalau tambah baby chair pun lagi bagus sebab  masa MN masuk baby chair dah penuh orang lain guna, ada dalam 15 minit baru dapat baby chair.



Tengok pada menu sedap-sedap je kan semuanya memang buat orang terliur je , dekat sini siapa nak makan bentuk set pun ada orang kata lagi jimat ambik yang set kan , nak order asing-asing pun boleh ikut suka tuan yang nak makan tu.



Minuman dekat sini memang tak ada choice sangat banyak air berasaskan teh , jadi MN ambik coca cola je walaupun dah berzaman tak minum , adik MN ambik green tea (ada nama lain tapi tak ingat nama apa) yang nie MN try rasa air dia..rasa macam teh + nescafe = dah bercampur-campur hahaha.



MN ambik yang set yang ada nasi sekali sebab nak cuba kan.MN tak tahu kenapa dalam banyak-banyak makanan tu sup dia je yang sedap hahaha , kalau makan nasi tu dengan sup rasa dia lagi okey kot dari makan kosong macam tu.Korean spicy chicken tu pulak rasa pedas + masin sedap lagi masa MN makan dekat seoul garden hotpot tu.Harga dalam RM 24 ++ atau RM 26 ++ macam tulah.


Next Gimbap adik MN yang order , sampai-sampai je gimbap nie rasa sejuk mungkin baru keluar dari peti ais bukan ke orang makan gimbap nie masa warm warm ke? atau memang di hidang sejuk macam nie hahaha alahaii...


Pancake ok ok lah rasa dia , cuma banyak tepung dari isi dalam tu , masa MN makan dekat KL dulu pancake dia jenis nipis sikit rasa pun sedap , yang nie tak tahu nak cakap rasa dia macam mana dah macam makan jemput ikan bilis je.


Sampai yang nie pun dah sejuk tak tahu lah dia orang nie goreng time bila..nasib sejuk-sejuk pun sedap.


Lepas je makan pusing-pusing lepas tu masuk kaison,masuk sini memang rambang mata macam-macam ada , MN beli buku dengan beg duit syilling jadilah..nak beli benda lain tak ada kegunaan pulak.


Lepas tu masuk parkson dari jauh nampak kereta anak buah MN lari laju-laju nak pergi kat situ , kita pulak sama-sama kena lari pasal nak kejar dia huhuhu



Masuk jaya grocer semata-mata nak beli green tea brand Ahmad Tea satu-satunya green tea yang boleh MN minum,pergi giant asyik tak ada je yang ada jenis tea lain bukan pure green punya.


Tak tahu lah apa yang best sangat pasal auntie annes nie , adik MN selalu beli , MN tak berapa minat sangat.

Kali nie makan memang tak berapa puas hati sebab harga makanan dekat situ boleh tahan mahal lah jugak macam tak berbaloi je..service pun lambat..No more next time kot..


January 10, 2019

Makan murtabak mengkasar bukit sekilau

by , in

Cerita balik kerja semalam husband ajak makan murtabak mengkasar kalau ikutkan memang lama dah tak makan , kalau dulu nak makan murtabak mengkasar kena pergi pekan (pahang) kalau dari rumah MN ke pekan lebih kurang 40 minit macam tulah sebab tu jarang sekali pergi sana. Tapi sekarang murtabak mengkasar dah ada dekat kuantan tak perlu nak pergi jauh-jauh dan rasa pulak tak  jauh beza dengan yang dekat pekan tu masih sama.








Makan panas-panas memang best,yang MN order nie murtabak ayam special kalau tak silap MN harga dia RM10 kot hahaha sorry kalau salah lepas tu MN ada tapau balik murtabak daging special untuk MIL.Selain murtabak roti canai pun ada jugak dengan nasik lemak tapi dah siap-siap bungkus lah.Tempat nie tak jauh pun dari tempat kerja MN tak sampai 5 minit dah boleh sampai kat situ.

B-3158, Lorong Sekilau 14, Taman Sekilau Maju Bukit Sekilau, Kuantan, Malaysia 25200

Sesiapa yang tak tahu dekat mana boleh cari guna alamat dekat atas tu , memang berbaloi cuba sekali mesti nak lagi.



January 09, 2019

sampai dah half boiled egg maker

by , in

Finally yang di tunggu-tunggu dah sampai dekat tangan MN , yang nie MN beli dekat shopee hari tu , malam karang nak test lah ..nanti MN beritahu jadi ke tidak guna benda nie buat telur separuh masak..rushing sikit hari nie tak boleh nak berblogging sangat ..tunggu next entry
January 09, 2019

Birthday Giveaway by Mya Rosli

by , in

Disini MN ucapkan selamat hari jadi kepada Mya Rosli yang ke 26 tahun , semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki dan semoga apa yang dihajatkan tercapai.

Btw siapa-siapa nak join tu dialu-alukan..click je banner dekat atas tu
January 08, 2019

Niat yang sebenarnya ~

by , in

Adakah anda salah sorang daripadanya??? Fikir balik niat kita nak kuruskan badan sebab apa..jangan sebelum kurus niat lain dah kurus niat lain pulak..
January 07, 2019

TGLB Blog List Jan-Jun 2019

by , in

Awal tahun ramai yang buat segmen,giveaway tak kurang jugak pencarian bloglist, ha masa nie lah kita nak kenal dengan blogger yang baru kan...jadi siapa-siapa nak join boleh click dekta atas ya
January 07, 2019

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

by , in

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5btlP5yOS
January 07, 2019

Random photo #3

by , in
Hai semua another random photo last week :)

Nasi Goreng Cili Tumbuk + Telur Mata + Kepok Lekor

Vegetarian Food - LA Hotel

Mee Calong Permatang Badak

Satay + Mee Kari + Kepok Lekor

Oreo Aiskrim

Nasi Lemak + Roti canai

Kueh Teow Kerang

Nasi Lemak Jebat




January 02, 2019

Selamat tahun baru 2019

by , in
Masih belum terlewat lagi untuk MN ucapkan Happy New Year kepada sahabat blogger MN yang mana MN folow dan yang mana follow MN.

Diharap tahun nie lebih baik dari tahun sebelum nie.

This the year I will be stronger,braver,kinder,untoppable and this year,I will be fierce.

Post Top Ad

My Instagram