Post Top Ad

December 29, 2018

kisah grab dan keropok lekor

by , in
MN ada lesen kereta dah lama ada lah kot 2 tahun dah..tapi lesen tu buat hiasan dalam purse je dengan kata lain walaupun MN ada lesen tapi MN tak bawak pun kereta.Salah satu sebabnya MN masih  ada perasaan takut-takut nak bawak terutama bila ke jalan raya.Sebab tu husband MN tak lepaskan lagi MN bawak pergi kerja risau katanya.Kalau setakat nak ke tunas manja tu boleh lah MN bawak sebab jalan tak sibuk mana.Ada je orang kata rugi buat lesen tapi tak bawak kereta..tapi bagi MN yang rugi tu duit MN bukan duit awak pun..tak semua orang mempunyai keberanian nak bawak..tapi tak bermaksud MN tak bawak langsung kereta..selama 3 minggu berturut-turut nie MN yang bawak kereta ke pasar tani ..ya hari ahad memang tak banyak kereta tapi sekurang-kurangnya MN beranikan diri jugak nak bawak betul tak..doa-doa kan lah MN supaya boleh bawak kereta dengan lancar terutama di jalan raya.

Berbalik pada cerita semalam,macam biasa lah kalau husband MN kena pergi kerja luar MN terpaksa naik grab untuk balik kerumah,kalau macam dulu MN tumpang officemate balik sebab duduk satu taman sekarang dia dah berhenti jadi kena naik grab jelah.

Nie bukanlah pertama kali MN naik grab ada lah 4 kali tak silap MN,tapi kali nie MN naik kereta axia..biasanya setiap grab memang keadaan kereta kena bersih dan wangi untuk beri keselesaan kepada penumpang.Tapi wangian kereta nie berbau macam coffee , di sebabkan balik time orang balik kerja jugak jadi jalan jam lah..dalam 30 minit jugak MN dalam kereta tu sampai MN pening kepala sebab bau coffee tu.Harga grab kadang-kadang tak sama biasa dari tempat kerja ke rumah MN dalam RM 11 atau RM 13 je tapi semalam naik RM 2 ..jadi RM 15 lah MN kena bayar..Husband cakap mungkin waktu kemuncak ea la time orang balik kerja mesti grab akan naik kan harga..Setakat MN naik grab nie driver semua ok ok..ada yang jenis senyap seribu bahasa..ada yang jenis peramah..ada jenis buat hal sendiri..tapi MN tetap bagi 5 bintang..sebab bagi MN dia orang nie cari rezeki yang halal,bukan senang nak buat kerja macam nie,bukan sepanjang waktu dapat customer.

Macam biasa lah kalau husband ke kemaman tak salah kalau tak beli keropok lekor,jadi pagi nie kita goreng lepas tu makan panas-panas lembut je keropok nie bila makan.





December 26, 2018

Fb Story : # 8 tak boleh ada orang lain lebih

by , in

Rezeki setiap orang berbeza-beza tak perlu nak berdengki bagai..ALLAH dah aturkan dah baik-baik untuk setiap orang..orang macam nie kadang-kadang memang menyedihkan
December 26, 2018

Random photo #2

by , in

Hai semua selamat pagi rabu another random photo dari MN, dah nak hujung bulan nie memang banyak kerja nak kena buat memang tak sempat nak buat entry.Lagi satu sesi clearkan gambar dalam phone,sebab phone nie dah umur 3 tahun +++ dah mula buat perangai,nak tukar tu masih dalam perancangan tapi MN nie selagi boleh guna MN akan guna.





Gambar dekat atas nie masa MN pergi ke cowboy..teman adik MN beli paperbag dengan bunga telur.dah lama tak kesana rupanyan dah banyak perubahan kat situ..MN beli carpet berbulu-bulu tu lembut je harga pulak 1 meter RM 28.65 tak silap..tak dapat ambik gambar banyak-banyak sebab berkejar dengan anak sedara..

Gambar dekat bawah pulak gambar makanan masa kenduri cukur jambul,mana yang sempat je MN ambik gambar sebab busy dekat dapur,semua makanan nie Mama MN yang masak dibantu oleh anak-anak dia..lagipun buat kecil-kecil je,Alhamdulillah habis sampai tuan rumah pun tak merasa.








December 21, 2018

Planner 2019 - Design Paris Magenta

by , in
Hai semua,bila dah nak habis tahun nie dah tentulah ramai yang cari kalendar kan , MN dah ada satu kalendar  dapat masa pergi beli jeruk pak ali kat penang hari tu , sekarang tengah cari kalendar lagi untuk letak dekat meja MN ,company MN tak ada sediakan semua tu jadi kena pandai-pandai lah cari sendiri..sadis betul lah hahaha.

Okey berbalik pada tajuk entry,hari tu MN ada beli planner dekat shoppe dengan harga RM 22 termasuk postage , time nie berlangsung nya 12.12 jadi shoppe buat free postage untuk pembelian RM 12 , kalau tak kena beli RM 40 baru ada free postage.Planner yang MN beli nie yang biasa-biasa je bukan jenis yang mahal tu, yang tu MN belum mampu lagi nak beli lagi hanya mampu tengok je setakat nie ha boleh cam gitu..







Siap dapat free gift bag comel lagi boleh lah letak bedak-bedak MN nanti,dapat kalendar poket dengan mini book untuk ramadhan..cantik ke idak 😄😄😄😄😄



December 18, 2018

Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi 2019

by , in

jom join dan salam perkenalan
December 17, 2018

azyyatiliah.com Giveaway 2018 | Win Duck Card Holder

by , in

Rugi siapa tak join sebab hadiahnya have have sangat tau , syarat nak join pun mudah yang amat , click click dah settle..
December 17, 2018

random photo #1

by , in
Hello semua , 14 hari lagi nak ke perhujung tahun 2018, sekejap je masa berlalu dah nak habis tahun, ada tak azam korang dah tercapai setakat nie..MN banyak benda kot yang belum tercapai tapi tak apa lah MN akan bawak ke tahun depan, kadang-kadang apa yang kita nak tu tak semestinya kita dapat buat kan untuk tahun nie.

Masa MN blogwalking MN tengok ada beberapa blogger buat entry random photo , salah satunya sebab nak clearkan photo dalam phone nak delete sayang tak delete nanti penuh pulak space dekat phone , jadi jalan terbaik letak dalam blog , boleh share dengan blogger lain betul tak..

Macam MN pulak suka ambil gambar terutama  makanan lepas tu bersarang dalam phone , bila space dah nak penuh mulalah nak kena delete satu-satu , kebanyakannya gambar tu sayang nak di deletekan..so MN ambik keputusan untuk buat sama macam blogger lain..upload dalam blog atleast jadilah satu entry ...


Nasi kukus dapur mama , kalau nak ikutkan sama je dengan nasi kukus yang dijual dekat tempat lain ada ayam berempah,sambal belacan tu lepas tu kuah nasi kukus , yang bezakannya antara sedap dengan tak je , kena atau tak dengan tekak kita.Ayam berempah dekat sini macam keras sikit , mungkin dah lama di goreng , kuah dia pun biasa-biasa je.



Sotong celup tepung favorite MN kalau pergi makan ikan bakar mesti nak kena order sotong celup tepung nie , yang atas nie untuk 2 ekor sotong , MN kalau ada sotong nie dah tak pandang lauk lain.



Kalau pergi ke Raub Pahang memang tak sah kalau tak singgah dekat Restoran Ratha Raub nie , restoran nie menyediakan Kari Ayam Raub & Kepala Ikan, Kari dia memang terbaik, biasa MN akan order kari ayam dengan kambing,tengah menulis nie pun boleh buat terliur , bila lagilah nak kesana..


Nie masa MN pergi ke bukit fraser,MN order chicken chop macam gambar dekat atas tu , kalau tengok macam ayam tu nampak macam penuh isi kan,sebenarnya tepung je tebal,isi dia tak tebal mana pun, bagi MN chicken chop tu biasa-biasa je,tapi sos blackpepper tu sedap.



Balik dari bukit fraser singgah termerloh perkena ikan patin gobang , ikan patin tu MN ambik bahagian ekor harga dia kalau ambik bahagian ekor atau badan dalam RM 12 ++ kalau tak salah MN lah ,nasi pulak MN ambik yang biasa je tak ada salad dengan keropok tapi MN tambah petai,memang selera sungguh makan , MN susah nak makan patin kalau tak kena dengan tekak,sebab ikan patin nie kalau tak cuci bersih akan bau hanyir dengan bau sungai, jadi kena cuci bersih-bersih.

Banyak lagi gambar-gambar MN tak buat masukkan nanti next entry lah erk..

December 14, 2018

Quotes of the day : 16

by , in

Salam Jumaat ~
December 13, 2018

seoul garden hotpot

by , in
Hai semua , baru-baru nie MN ada makan dekat seoul garden hotpot dekat ECM (East coast mall), sebenarnya adik MN yang ajak cuba makan dekat situ,lepas dia tengok kawan dia upload gambar makanan dalam Facebook yang datang makan dekat situ. Dan nie first time MN makan dekat sana , biasa makan Johnny steamboat tu je,tempat restauran lain memang jarang sekali MN jejak kan kaki, melainkan kawan atau adik/family ajak makan dekat situ.




.

Time MN pergi nie tak ramai orang mungkin sebab bukan waktu makan lagi , cara nak order pulak kita kena order sendiri , dekat situ ada tab cari makanan yang kita nak order lepas tu masukkan dalam cart , dah pilih makanan korang nak makan apa lepas tu tekan lah cofirm , lepas tu korang tunggu jelah makanan sampai.Ah lagi satu ada jugak makanan datang dalam set yang termasuk air lah , ada jugak yang ala carte means order asing-asing lah.


Dari atas kiri Teokbokki rasa kenyal-kenyal letih sikit lah mulut nak mengunyah tu , dah rasa macam makan chewgum pulak.Ada rasa pedas dengan masam sikit.No more next time.

Mandu okey yang nie sedap dalam dia ada inti tak salah MN ada udang dalam tu lepas tu ada letak sayuran cincang kat dalam mandu tu.

Dari bawah kiri Spicy Drumettes yang nie pun ok lah MN boleh layan ..nak kate pedas sangat tu tak sebab ada rasa manis dia tapi boleh buat hidung berair jugak ha macam mana tu.

Soysouce Drumettes yang nie pun sedap , rasa macam makan ayam goreng madu tapi jenis bersos lah.





Okey yang nie MN nak sangat cuba, sebab bila tengok drama korean ke atau rancangan masakkan dia orang , selalu buat MN terliur dengan makanan dia orang..MN order Chicken Bulgogi Bap kalau yang suka daging boleh order daging.Kalau tengok gambar yang atas sekali tu dalam mangkuk tu ada nasi, tauge,ayam,kubis,rumpai laut , lagi satu tu MN tak sure lah sayur hijau apa tu.Gaul-gaul nasi tu , mula-mula MN gaul tanpa sos , rasanya memang tawar sis macam makan nasi dengan sayur walaupun ada ayam , lepas tambah sos tu baru lah ada rasa sikit , tapi tetap sama macam makan nasi dengan sayur je.


Memandangkan Mandu tadi ada 3 pcs je dan rasanya sedap kita orang order lagi Mandu tu ambik yang 5 pcs punya.

Bagi MN kalau siapa-siapa nak cuba makanan korean  boleh lah datang sini , tapi MN nie jenis tekak melayu , ada makanan tak kena dengan tekak MN , kalau pergi lain kali pun mungkin akan order yang lain.ok lah jumpa next entry
December 12, 2018

segmen bloglist THE LITTLE FELLA'S

by , in

Macam biasa sis nak join silap tekan banner kat atas.
December 12, 2018

Maggi Pedas Giler

by , in
Hai semua , lama tak munculkan diri dari post apa-apa entry , 30/11/2018 - 7/11/2018 MN bercuti panjang sebab nak clearkan leave yang ada ..tu pun ada bal 9.5 hari lagi yang belum ambil,hanya 7 hari je boleh foward ke tahun depan..hurmm nak tak nak kena clearkan jugak annual leave tu kalau tak rugi je sebab burn macam tu je dan tak ada istilah company nak bayar.

Semalam punya cerita , tengok kat rak ada maggi pedas giler nie , sebenarnya dah lama MN beli tapi tak ada kesempatan nak makan ea lah MN nie bukan jenis makan maggi sangat kalau teringin atau terasa nak makan baru masak.Makan maggi selalu pun tak elok orang kate.









Kepedasan maggi nie boleh tahan lah , tapi pedas lagi ramen dari korean tu , 10x suap 10x minum air tak habis-habis, last-last buang macam tu je sebab terlalu pedas ..maggi pedas giler nie MN mampu habis tanpa kerap minum , tapi still berapi tu , orang yang suka makan pedas-pedas should be ok kot  untuk MN hurmm tak leh go kalau pedas sangat..nanti tak pasal-pasal sakit lain pulak yang timbul.

December 01, 2018

Haul/unboxing #yayllosunshine box (nadre)

by , in
Hai semua,ada ke yang masih tak boleh move on dengan 11.11 atau tengah get ready untuk YES pulak..nampak gayanya susut lagi lah duit dalam bank tu.Okey berbalik pada 11.11 tu pasti ramai yang tahu tarikh tu banyak offer di tawarkan..biasanya pembeli tegar secara online nie masa nie lah mereka menunggu kan untuk membeli secara murah,termasuk lah MN sendiri.

This time MN nak share dengan korang apa yang MN beli, kalau skincare MN suka dari korean atau jepun sebab product dia serasi dengan MN malah kulit asia macam kita nie , recently nie MN cuba few product dari Taiwan,dan MN pun pengguna tegar local product,tapi yang berquality lah,walaupun sekarang banyak isu timbang kilo tapi ada je local product yang bagus yang berquality cuma kita kena pandai buat research sebelum beli apa-apa.Eh jom lah tengok apa MN beli dekat Nadre terlebih membebel pulak kannn...



Tadaaa so cantikkan box dia siap ada nama MN lagi patut lah ambik masa lama sikit nak pos dekat MN.Setiap bulan box dia berlainan,kalau siapa-siapa ada beli barang dekat Nadre boleh add RM 7 untuk box,tapi nie box biasa je dengan erti kata lain bila kena air box tu penyek jugak so avoid daripada air.



Dalam box tu ada sticker,ada flyers tentang product Nadre ,ada testimoni yang dah cuba guna product nadre nie dan juga ada Thank you card ..Colour kuning tu so nice je...


Barang yang MN beli 1 set product dari nadre setakat nie nadre mengeluarkan 4 jenis product iaitu super sunscreen,super toner , super tinted sunscreen dan super treatment mask.


Dari kiri super sunscreen ,super tinted sunscreen dan super toner



Okey yang nie super treament mask ada 3 jenis mask Petal, glitz dan fruit,bila bancuh mask tu akan jadi jelly bila peel off tak sakit sakit langsung.

Meh MN citer pasal harga pulak ya..toner rm 60 , sunscreen rm 35 , tinted sunscreen rm 49 , mask (ada 3) rm 158 jadi total semua rm 302 untuk ke 4 barang tu , tapi masa 11.11 hari tu semua barang dalam box tu hanya RM 111 je , korang rasa patut ke tak MN beli hahaha,mestilah beli sebab memang MN guna barang dari nadre rugi lah time sales macam nie MN tak beli kan. Expired date pun lambat lagi.. biasa toner dengan sunscreen tu cepat je habis sebab hari-hari guna.

Ada lagi MN beli masa offer hari tu,ada masa MN buat lagi entry, okey gerak dulu byee..




November 29, 2018

Mask A'pieu dan Leaders (short reviews)

by , in
Okey MN nak buat short reviews tentang mask sheet yang MN guna pada minggu lepas , kebiasaanya MN hanya akan pakai mask seminggu 2x atau 3x atau 1x bergantung kepada mood MN sendiri tapi setidak-tidaknya dalam minggu tu MN akan make sure MN akan pakai mask.

Sekarang nie MN ada dua jenis mask satu yang jenis serbuk yang nie nak kena bancuh dulu baru letak dekat muka lepas 10-15 minit kena bilas dengan air , yang lagi satu jenis sheet atau orang panggil mask sheet yang nie rata-rata ramai yang guna sebab senang lepas pakai tak perlu nak bilas bagai harga dia pun pelbagai ada murah ada mahal.MN suka guna yang jenis bancuh sebab jenis macam nie boleh pakai banyak kali berbanding sheet mask kena pakai sekali je kan,walaupun MN suka yang jenis bancuh tu tapi sheet mask nie mesti nak kena ada jugak , bila time malas atau penat MN akan pakai jenis mask sheet nie.

Perlu ke pakai mask ? bagi MN perlu sebab mask nie pun salah satu penjagaan kulit,mampu menolong hydrate kan skin , menghilangkan lebihan minyak di muka dan jugak untuk pores.Bagi MN nie cara terbaik untuk menarik kekotoran dalam kulit muka kita...Okey kali nie MN guna mask yang MN beli secara online di shoppe , dah sebulan lebih macam tu kot MN beli tapi baru sekarang berpeluang nak pakai, MN pun pengumpul jenis mask sheet nie,ada macam-macam brand.



Mask-Hanrabong
Description

Gives tired skin high hydration and vitality.

Feature

* Full of brightening ingredients to help clear and fair skin.
* Fresh deep sea water and effect supplying hanrabong,rich vitamin citron for moisture clean skin.
* Containing deep sea water,fruit extract


Mask-Melon

Description

Gives tired skin high hydration and vitality.

Feature

* Full of soothing , healthy looking skin.
* Fresh deep sea water and skin soothing melon,rich nutrition kiwi for moisture.
* Containing deep sea water,fruit extract


My Thoughts:)

Essence mask nie tak terlalu sticky and sheet dia tak besar tak kecik jadi ngam-ngan dekat muka MN , apa yang MN suka sebab bila pakai muka jadi sejuk , MN tak ada masalah gatal masa pakai mask nie sebab ada mask buat muka MN jadi nak mengaru je.

Lepas peel off , masa nak dap-dap pun tak perlu lama sebab essence tu mudah serap dah boleh pakai skicare yang lain.MN nampak skin MN cerah sikit lepas pakai mask nie , apa yang MN suka ialah bila bangun pagi MN rasa muka macam pakai skincare yang mahal.





*Calminh & Hydrating Sheet Mask.
*Ultra soothing,with hydrating ingredients that help balace renew skin.
*Great for oily and combination skin.

My Thoughts:)

Mask nie sheet dia besar sikit, pakai tu ada lebihan tepi-tepi muka buat MN kurang selesa sikit , lepas tu ada rasa pedih sikit dekat bahagian tepi-tepi hidung dan kawasan bibir.
Essence mask nie terlalu sticky kena duduk depan kipas nak bagi kering baru boleh buat next skincare.

Semua mask nie MN beli dekat shoppe..masuk shoppe cari nama wako beauty , macam-macam mask ada dia jual, kadang-kadang wako beauty nie ada buat offer untuk mask, MN beli 7 mask dalam RM 25 macam tulah.



Post Top Ad

My Instagram