Hello semua , 14 hari lagi nak ke perhujung tahun 2018, sekejap je masa berlalu dah nak habis tahun, ada tak azam korang dah tercapai setakat nie..MN banyak benda kot yang belum tercapai tapi tak apa lah MN akan bawak ke tahun depan, kadang-kadang apa yang kita nak tu tak semestinya kita dapat buat kan untuk tahun nie.
Masa MN blogwalking MN tengok ada beberapa blogger buat entry random photo , salah satunya sebab nak clearkan photo dalam phone nak delete sayang tak delete nanti penuh pulak space dekat phone , jadi jalan terbaik letak dalam blog , boleh share dengan blogger lain betul tak..
Macam MN pulak suka ambil gambar terutama makanan lepas tu bersarang dalam phone , bila space dah nak penuh mulalah nak kena delete satu-satu , kebanyakannya gambar tu sayang nak di deletekan..so MN ambik keputusan untuk buat sama macam blogger lain..upload dalam blog atleast jadilah satu entry ...
Nasi kukus dapur mama , kalau nak ikutkan sama je dengan nasi kukus yang dijual dekat tempat lain ada ayam berempah,sambal belacan tu lepas tu kuah nasi kukus , yang bezakannya antara sedap dengan tak je , kena atau tak dengan tekak kita.Ayam berempah dekat sini macam keras sikit , mungkin dah lama di goreng , kuah dia pun biasa-biasa je.
Sotong celup tepung favorite MN kalau pergi makan ikan bakar mesti nak kena order sotong celup tepung nie , yang atas nie untuk 2 ekor sotong , MN kalau ada sotong nie dah tak pandang lauk lain.
Kalau pergi ke Raub Pahang memang tak sah kalau tak singgah dekat Restoran Ratha Raub nie , restoran nie menyediakan Kari Ayam Raub & Kepala Ikan, Kari dia memang terbaik, biasa MN akan order kari ayam dengan kambing,tengah menulis nie pun boleh buat terliur , bila lagilah nak kesana..
Nie masa MN pergi ke bukit fraser,MN order chicken chop macam gambar dekat atas tu , kalau tengok macam ayam tu nampak macam penuh isi kan,sebenarnya tepung je tebal,isi dia tak tebal mana pun, bagi MN chicken chop tu biasa-biasa je,tapi sos blackpepper tu sedap.
Balik dari bukit fraser singgah termerloh perkena ikan patin gobang , ikan patin tu MN ambik bahagian ekor harga dia kalau ambik bahagian ekor atau badan dalam RM 12 ++ kalau tak salah MN lah ,nasi pulak MN ambik yang biasa je tak ada salad dengan keropok tapi MN tambah petai,memang selera sungguh makan , MN susah nak makan patin kalau tak kena dengan tekak,sebab ikan patin nie kalau tak cuci bersih akan bau hanyir dengan bau sungai, jadi kena cuci bersih-bersih.
Banyak lagi gambar-gambar MN tak buat masukkan nanti next entry lah erk..