Post Top Ad

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts
January 17, 2019

Jalan-jalan dan makan di Dubuyo

by , in
Hai semua,hari ahad baru-baru nie MN ada pergi mall saja pusing-pusing lepas tu sesi mengemukkan diri makan-makan.kali nie MN cuba makan dekat DUBUYO nie makanan korean lah , adik MN ajak try dekat sini pulak ha sedap ke idok,teruskan membaca okey.





Dubuyo nie kalau dekat kuantan ada satu je tu pun dekat kuantan city mall (KCM) , tempat dia tak ada lah besar mana pun,time ramai orang penuh lah masa nie belum ramai lagi, kalau tambah baby chair pun lagi bagus sebab  masa MN masuk baby chair dah penuh orang lain guna, ada dalam 15 minit baru dapat baby chair.



Tengok pada menu sedap-sedap je kan semuanya memang buat orang terliur je , dekat sini siapa nak makan bentuk set pun ada orang kata lagi jimat ambik yang set kan , nak order asing-asing pun boleh ikut suka tuan yang nak makan tu.



Minuman dekat sini memang tak ada choice sangat banyak air berasaskan teh , jadi MN ambik coca cola je walaupun dah berzaman tak minum , adik MN ambik green tea (ada nama lain tapi tak ingat nama apa) yang nie MN try rasa air dia..rasa macam teh + nescafe = dah bercampur-campur hahaha.



MN ambik yang set yang ada nasi sekali sebab nak cuba kan.MN tak tahu kenapa dalam banyak-banyak makanan tu sup dia je yang sedap hahaha , kalau makan nasi tu dengan sup rasa dia lagi okey kot dari makan kosong macam tu.Korean spicy chicken tu pulak rasa pedas + masin sedap lagi masa MN makan dekat seoul garden hotpot tu.Harga dalam RM 24 ++ atau RM 26 ++ macam tulah.


Next Gimbap adik MN yang order , sampai-sampai je gimbap nie rasa sejuk mungkin baru keluar dari peti ais bukan ke orang makan gimbap nie masa warm warm ke? atau memang di hidang sejuk macam nie hahaha alahaii...


Pancake ok ok lah rasa dia , cuma banyak tepung dari isi dalam tu , masa MN makan dekat KL dulu pancake dia jenis nipis sikit rasa pun sedap , yang nie tak tahu nak cakap rasa dia macam mana dah macam makan jemput ikan bilis je.


Sampai yang nie pun dah sejuk tak tahu lah dia orang nie goreng time bila..nasib sejuk-sejuk pun sedap.


Lepas je makan pusing-pusing lepas tu masuk kaison,masuk sini memang rambang mata macam-macam ada , MN beli buku dengan beg duit syilling jadilah..nak beli benda lain tak ada kegunaan pulak.


Lepas tu masuk parkson dari jauh nampak kereta anak buah MN lari laju-laju nak pergi kat situ , kita pulak sama-sama kena lari pasal nak kejar dia huhuhu



Masuk jaya grocer semata-mata nak beli green tea brand Ahmad Tea satu-satunya green tea yang boleh MN minum,pergi giant asyik tak ada je yang ada jenis tea lain bukan pure green punya.


Tak tahu lah apa yang best sangat pasal auntie annes nie , adik MN selalu beli , MN tak berapa minat sangat.

Kali nie makan memang tak berapa puas hati sebab harga makanan dekat situ boleh tahan mahal lah jugak macam tak berbaloi je..service pun lambat..No more next time kot..


January 10, 2019

Makan murtabak mengkasar bukit sekilau

by , in

Cerita balik kerja semalam husband ajak makan murtabak mengkasar kalau ikutkan memang lama dah tak makan , kalau dulu nak makan murtabak mengkasar kena pergi pekan (pahang) kalau dari rumah MN ke pekan lebih kurang 40 minit macam tulah sebab tu jarang sekali pergi sana. Tapi sekarang murtabak mengkasar dah ada dekat kuantan tak perlu nak pergi jauh-jauh dan rasa pulak tak  jauh beza dengan yang dekat pekan tu masih sama.








Makan panas-panas memang best,yang MN order nie murtabak ayam special kalau tak silap MN harga dia RM10 kot hahaha sorry kalau salah lepas tu MN ada tapau balik murtabak daging special untuk MIL.Selain murtabak roti canai pun ada jugak dengan nasik lemak tapi dah siap-siap bungkus lah.Tempat nie tak jauh pun dari tempat kerja MN tak sampai 5 minit dah boleh sampai kat situ.

B-3158, Lorong Sekilau 14, Taman Sekilau Maju Bukit Sekilau, Kuantan, Malaysia 25200

Sesiapa yang tak tahu dekat mana boleh cari guna alamat dekat atas tu , memang berbaloi cuba sekali mesti nak lagi.



January 07, 2019

Random photo #3

by , in
Hai semua another random photo last week :)

Nasi Goreng Cili Tumbuk + Telur Mata + Kepok Lekor

Vegetarian Food - LA Hotel

Mee Calong Permatang Badak

Satay + Mee Kari + Kepok Lekor

Oreo Aiskrim

Nasi Lemak + Roti canai

Kueh Teow Kerang

Nasi Lemak Jebat




December 17, 2018

random photo #1

by , in
Hello semua , 14 hari lagi nak ke perhujung tahun 2018, sekejap je masa berlalu dah nak habis tahun, ada tak azam korang dah tercapai setakat nie..MN banyak benda kot yang belum tercapai tapi tak apa lah MN akan bawak ke tahun depan, kadang-kadang apa yang kita nak tu tak semestinya kita dapat buat kan untuk tahun nie.

Masa MN blogwalking MN tengok ada beberapa blogger buat entry random photo , salah satunya sebab nak clearkan photo dalam phone nak delete sayang tak delete nanti penuh pulak space dekat phone , jadi jalan terbaik letak dalam blog , boleh share dengan blogger lain betul tak..

Macam MN pulak suka ambil gambar terutama  makanan lepas tu bersarang dalam phone , bila space dah nak penuh mulalah nak kena delete satu-satu , kebanyakannya gambar tu sayang nak di deletekan..so MN ambik keputusan untuk buat sama macam blogger lain..upload dalam blog atleast jadilah satu entry ...


Nasi kukus dapur mama , kalau nak ikutkan sama je dengan nasi kukus yang dijual dekat tempat lain ada ayam berempah,sambal belacan tu lepas tu kuah nasi kukus , yang bezakannya antara sedap dengan tak je , kena atau tak dengan tekak kita.Ayam berempah dekat sini macam keras sikit , mungkin dah lama di goreng , kuah dia pun biasa-biasa je.



Sotong celup tepung favorite MN kalau pergi makan ikan bakar mesti nak kena order sotong celup tepung nie , yang atas nie untuk 2 ekor sotong , MN kalau ada sotong nie dah tak pandang lauk lain.



Kalau pergi ke Raub Pahang memang tak sah kalau tak singgah dekat Restoran Ratha Raub nie , restoran nie menyediakan Kari Ayam Raub & Kepala Ikan, Kari dia memang terbaik, biasa MN akan order kari ayam dengan kambing,tengah menulis nie pun boleh buat terliur , bila lagilah nak kesana..


Nie masa MN pergi ke bukit fraser,MN order chicken chop macam gambar dekat atas tu , kalau tengok macam ayam tu nampak macam penuh isi kan,sebenarnya tepung je tebal,isi dia tak tebal mana pun, bagi MN chicken chop tu biasa-biasa je,tapi sos blackpepper tu sedap.



Balik dari bukit fraser singgah termerloh perkena ikan patin gobang , ikan patin tu MN ambik bahagian ekor harga dia kalau ambik bahagian ekor atau badan dalam RM 12 ++ kalau tak salah MN lah ,nasi pulak MN ambik yang biasa je tak ada salad dengan keropok tapi MN tambah petai,memang selera sungguh makan , MN susah nak makan patin kalau tak kena dengan tekak,sebab ikan patin nie kalau tak cuci bersih akan bau hanyir dengan bau sungai, jadi kena cuci bersih-bersih.

Banyak lagi gambar-gambar MN tak buat masukkan nanti next entry lah erk..

December 13, 2018

seoul garden hotpot

by , in
Hai semua , baru-baru nie MN ada makan dekat seoul garden hotpot dekat ECM (East coast mall), sebenarnya adik MN yang ajak cuba makan dekat situ,lepas dia tengok kawan dia upload gambar makanan dalam Facebook yang datang makan dekat situ. Dan nie first time MN makan dekat sana , biasa makan Johnny steamboat tu je,tempat restauran lain memang jarang sekali MN jejak kan kaki, melainkan kawan atau adik/family ajak makan dekat situ.




.

Time MN pergi nie tak ramai orang mungkin sebab bukan waktu makan lagi , cara nak order pulak kita kena order sendiri , dekat situ ada tab cari makanan yang kita nak order lepas tu masukkan dalam cart , dah pilih makanan korang nak makan apa lepas tu tekan lah cofirm , lepas tu korang tunggu jelah makanan sampai.Ah lagi satu ada jugak makanan datang dalam set yang termasuk air lah , ada jugak yang ala carte means order asing-asing lah.


Dari atas kiri Teokbokki rasa kenyal-kenyal letih sikit lah mulut nak mengunyah tu , dah rasa macam makan chewgum pulak.Ada rasa pedas dengan masam sikit.No more next time.

Mandu okey yang nie sedap dalam dia ada inti tak salah MN ada udang dalam tu lepas tu ada letak sayuran cincang kat dalam mandu tu.

Dari bawah kiri Spicy Drumettes yang nie pun ok lah MN boleh layan ..nak kate pedas sangat tu tak sebab ada rasa manis dia tapi boleh buat hidung berair jugak ha macam mana tu.

Soysouce Drumettes yang nie pun sedap , rasa macam makan ayam goreng madu tapi jenis bersos lah.





Okey yang nie MN nak sangat cuba, sebab bila tengok drama korean ke atau rancangan masakkan dia orang , selalu buat MN terliur dengan makanan dia orang..MN order Chicken Bulgogi Bap kalau yang suka daging boleh order daging.Kalau tengok gambar yang atas sekali tu dalam mangkuk tu ada nasi, tauge,ayam,kubis,rumpai laut , lagi satu tu MN tak sure lah sayur hijau apa tu.Gaul-gaul nasi tu , mula-mula MN gaul tanpa sos , rasanya memang tawar sis macam makan nasi dengan sayur walaupun ada ayam , lepas tambah sos tu baru lah ada rasa sikit , tapi tetap sama macam makan nasi dengan sayur je.


Memandangkan Mandu tadi ada 3 pcs je dan rasanya sedap kita orang order lagi Mandu tu ambik yang 5 pcs punya.

Bagi MN kalau siapa-siapa nak cuba makanan korean  boleh lah datang sini , tapi MN nie jenis tekak melayu , ada makanan tak kena dengan tekak MN , kalau pergi lain kali pun mungkin akan order yang lain.ok lah jumpa next entry
December 12, 2018

Maggi Pedas Giler

by , in
Hai semua , lama tak munculkan diri dari post apa-apa entry , 30/11/2018 - 7/11/2018 MN bercuti panjang sebab nak clearkan leave yang ada ..tu pun ada bal 9.5 hari lagi yang belum ambil,hanya 7 hari je boleh foward ke tahun depan..hurmm nak tak nak kena clearkan jugak annual leave tu kalau tak rugi je sebab burn macam tu je dan tak ada istilah company nak bayar.

Semalam punya cerita , tengok kat rak ada maggi pedas giler nie , sebenarnya dah lama MN beli tapi tak ada kesempatan nak makan ea lah MN nie bukan jenis makan maggi sangat kalau teringin atau terasa nak makan baru masak.Makan maggi selalu pun tak elok orang kate.









Kepedasan maggi nie boleh tahan lah , tapi pedas lagi ramen dari korean tu , 10x suap 10x minum air tak habis-habis, last-last buang macam tu je sebab terlalu pedas ..maggi pedas giler nie MN mampu habis tanpa kerap minum , tapi still berapi tu , orang yang suka makan pedas-pedas should be ok kot  untuk MN hurmm tak leh go kalau pedas sangat..nanti tak pasal-pasal sakit lain pulak yang timbul.

November 26, 2018

Lunch 26-11-2018 - Kuey Teow goreng

by , in
Hai semua,waktu lunch of coz lah nak kena makan kan..memandangkan semalam MN ada beli kerang (sikit simpan yang lain ratah dengan sos kepok lekor) jadi hari nie terjadi lah Kuey Teow kerang , gigih tau MN masak hari nie walaupun bagi orang lain ianya masakan paling senang..

Berbunga-bunga lagi hati MN bila husband puji , husband MN payah tau nak puji-puji nie kalau dia dah puji memang ikhlas okey muahehehe..

Kalau nak tahu MN dah banyak kali buat tapi tak menjadi macam MN nak , bukan tang bab rasa dia tapi bab texture kuey teow tu sendiri...dulu masa mula-mula buat, kuey teow MN jadi hancur 2-3 kali buat ikut resepi pun hancur sedih je rasa..last-last MN tanya MIL dia kata kueh teow tu tak perlu rendam cukup sekadar kita bilas biasa je tapi jangan lama.

Tapi masih tak capai apa MN nak .. kira banyak try n erorr jugak dalam masakan MN nie , lepas  itu husband cakap kawan dia yang  jual kuey teow tu dia lerai kan kuey teow tu satu-satu , sebab bila masak kuey teow tu jadi cantik je..MN pandang dia dengan mata bulat awat lah dia tak beritahu awal-awal ea dak..adoiii


And yes MN masih lagi belajar memasak , ea la MN bukan pandai sangat pun masak , sebab walaupun dah banyak try and erorr tapi akhirnya menjadi..tak semua masakkan yang kita buat pertama kali akan menjadi kan..jadi kena lah usaha lebih sikit ..betul tak ..


November 25, 2018

Rebus kerang tanpa air

by , in
Hai semua selamat petang..cuti-cuti hujung minggu nie kemana aje korang , MN tak kemana-mana duduk rumah je hujan-hujan macam nie malas nak bergerak kemana-mana stay dekat rumah lagi bagus kan.

Aktiviti hari ahad MN sama je setiap minggu,setiap pagi ahad 7.30 am MN dah pergi ke pasar tani dengan MIL dan husband ,kalau tak ke pasar tani MN akan pergi ke pasar besar tengok MIL nak pergi mana satu kami ikut je..lepas balik dari pasar baru pergi breakfast..sampai rumah bersihkan barang basah..buat kerja rumah..kemas apa yang patut..kadang-kadang je MN akan keluar kalau tak ke mana-mana memang MN akan duduk rumah je sambil layan TV..


Memandangkan ikan dengan ayam masih ada dalam peti ais,MN beli sotong,kerang dengan udang je..udang tu memang MN buang kulit dengan kepala udang tu sebab MN nak masuk dalam kueh teow nanti husband MN tak suka ada kulit udang.lagi pun jumaat depan MN akan ke KL -PENANG jadi tak perlu beli barang basah yang banyak.

Okey berbalik pada tajuk entry kali nie ,masa MN kecik-kecik nenek MN masak kerang jenis berkuah,kira kuah tu kita boleh hirup dan di buat makan nasi...nenek MN akan cuci kerang tu bersih-bersih sampai kulit kerang tu jernih dan tak berpasir, nenek MN tambah serai dengan asam keping tak salah.. memang sedap di makan dengan nasi..

Setakat nie MN tak pernah buat lagi jenis kerang berkuah tu kalau salah buat boleh jadi mulut gatal-gatal , biasa MN akan rebus je tapi MN rebus bersama-sama air ( masuk dalam periuk letak kerang letak air dengan serai) tapi rasa dia macam kureng sikit sebab isi dalam tu nampak kering tak juicy korang kata..
Last-last MIL MN ajar cara rebus kerang,kalau nak isi kerang tu bila makan tak keras atau kering, jadi MN nak share dengan korang lah..


Kerang yang bagus kerang yang jenis terbuka dan hidup..sambil keluarkan lidah dia main acah-acah gitu hahaha macam dekat atas tu..masa nie korang boleh tengok lah kerang tu bergerak-gerak macam berbisik pun ada.


Basuh bersih-bersih sampai pasir dekat kerang tu terkeluar atau kulit kerang tu jadi bersih.



Lepas tu dalam periuk tanpa isi air ya , rebus dalam api yang paling perlahan,kenapa tak letak air sebab kerang tu sendiri akan keluarkan air.MIL tak letak serai tapi MN letak serai nak bagi wangi sikit.Rebus dalam 7-8 minit bergantung banyak mana kerang lah, MN tutup periuk lepas 2-3 minit check tengok keadaan kerang tu macam mana..kalau air rebusan dari kerang tu dah muncul maknanya kerang tu dah mula masak biar dalam 2 minit lepas tu tutup api..jangan sampai air rebusan tu kering..sebab kalau kering akan jadi hangit pulak nanti isi kerang tak sedap dah...

Okey lah sampai sini je..selamat mencuba




Post Top Ad

My Instagram