Post Top Ad

Hari hujan perkena roti canai

Good Affternoon uollss..dekat kuantan hari nie hujan , sekarang nie dah musim hujan kan,Jadi MN nak pesan yang mana bawak kereta tu hati-hati di jalan raya jangan laju-laju sangat time hujan nie..keluar awal untuk elakan jem,biasa kalau hujan nie memang jalan akan jem betul tak..yang bawak motor tu pulak kalau hujan lebat berhenti jangan redah je bahaya.

Biasa lah bila time hujan-hujan macam nie perut memang mudah lapar,teringin pulak nak makan roti canai terus beritahu husband jom perkena roti canai,kira awal lah MN keluar pergi kerja.

Roti canai 2 keping nampak macam makan banyak kan tapi percaya lah roti canai tu jenis nipis dan rangup RM 1 untuk sekeping roti canai

Sepatutnya mintak kuah kacang dhal..MN lupa pulak layan jelah kuah kari campur sambal

Telut separuh masak nie husband punya tapi MN selalu ngecek sikit atau mintak sikit lah telur separuh masak tu

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

My Instagram