Post Top Ad

Mask A'pieu dan Leaders (short reviews)

Okey MN nak buat short reviews tentang mask sheet yang MN guna pada minggu lepas , kebiasaanya MN hanya akan pakai mask seminggu 2x atau 3x atau 1x bergantung kepada mood MN sendiri tapi setidak-tidaknya dalam minggu tu MN akan make sure MN akan pakai mask.

Sekarang nie MN ada dua jenis mask satu yang jenis serbuk yang nie nak kena bancuh dulu baru letak dekat muka lepas 10-15 minit kena bilas dengan air , yang lagi satu jenis sheet atau orang panggil mask sheet yang nie rata-rata ramai yang guna sebab senang lepas pakai tak perlu nak bilas bagai harga dia pun pelbagai ada murah ada mahal.MN suka guna yang jenis bancuh sebab jenis macam nie boleh pakai banyak kali berbanding sheet mask kena pakai sekali je kan,walaupun MN suka yang jenis bancuh tu tapi sheet mask nie mesti nak kena ada jugak , bila time malas atau penat MN akan pakai jenis mask sheet nie.

Perlu ke pakai mask ? bagi MN perlu sebab mask nie pun salah satu penjagaan kulit,mampu menolong hydrate kan skin , menghilangkan lebihan minyak di muka dan jugak untuk pores.Bagi MN nie cara terbaik untuk menarik kekotoran dalam kulit muka kita...Okey kali nie MN guna mask yang MN beli secara online di shoppe , dah sebulan lebih macam tu kot MN beli tapi baru sekarang berpeluang nak pakai, MN pun pengumpul jenis mask sheet nie,ada macam-macam brand.



Mask-Hanrabong
Description

Gives tired skin high hydration and vitality.

Feature

* Full of brightening ingredients to help clear and fair skin.
* Fresh deep sea water and effect supplying hanrabong,rich vitamin citron for moisture clean skin.
* Containing deep sea water,fruit extract


Mask-Melon

Description

Gives tired skin high hydration and vitality.

Feature

* Full of soothing , healthy looking skin.
* Fresh deep sea water and skin soothing melon,rich nutrition kiwi for moisture.
* Containing deep sea water,fruit extract


My Thoughts:)

Essence mask nie tak terlalu sticky and sheet dia tak besar tak kecik jadi ngam-ngan dekat muka MN , apa yang MN suka sebab bila pakai muka jadi sejuk , MN tak ada masalah gatal masa pakai mask nie sebab ada mask buat muka MN jadi nak mengaru je.

Lepas peel off , masa nak dap-dap pun tak perlu lama sebab essence tu mudah serap dah boleh pakai skicare yang lain.MN nampak skin MN cerah sikit lepas pakai mask nie , apa yang MN suka ialah bila bangun pagi MN rasa muka macam pakai skincare yang mahal.





*Calminh & Hydrating Sheet Mask.
*Ultra soothing,with hydrating ingredients that help balace renew skin.
*Great for oily and combination skin.

My Thoughts:)

Mask nie sheet dia besar sikit, pakai tu ada lebihan tepi-tepi muka buat MN kurang selesa sikit , lepas tu ada rasa pedih sikit dekat bahagian tepi-tepi hidung dan kawasan bibir.
Essence mask nie terlalu sticky kena duduk depan kipas nak bagi kering baru boleh buat next skincare.

Semua mask nie MN beli dekat shoppe..masuk shoppe cari nama wako beauty , macam-macam mask ada dia jual, kadang-kadang wako beauty nie ada buat offer untuk mask, MN beli 7 mask dalam RM 25 macam tulah.



1 comment:

  1. Tak berapa nak rajin pakai mask nie.. Tapi suka tengok packaging mask sheet ini.. Cantik, comel dan pelbagai..

    ReplyDelete

Post Top Ad

My Instagram