Post Top Ad

Rebus kerang tanpa air

Hai semua selamat petang..cuti-cuti hujung minggu nie kemana aje korang , MN tak kemana-mana duduk rumah je hujan-hujan macam nie malas nak bergerak kemana-mana stay dekat rumah lagi bagus kan.

Aktiviti hari ahad MN sama je setiap minggu,setiap pagi ahad 7.30 am MN dah pergi ke pasar tani dengan MIL dan husband ,kalau tak ke pasar tani MN akan pergi ke pasar besar tengok MIL nak pergi mana satu kami ikut je..lepas balik dari pasar baru pergi breakfast..sampai rumah bersihkan barang basah..buat kerja rumah..kemas apa yang patut..kadang-kadang je MN akan keluar kalau tak ke mana-mana memang MN akan duduk rumah je sambil layan TV..


Memandangkan ikan dengan ayam masih ada dalam peti ais,MN beli sotong,kerang dengan udang je..udang tu memang MN buang kulit dengan kepala udang tu sebab MN nak masuk dalam kueh teow nanti husband MN tak suka ada kulit udang.lagi pun jumaat depan MN akan ke KL -PENANG jadi tak perlu beli barang basah yang banyak.

Okey berbalik pada tajuk entry kali nie ,masa MN kecik-kecik nenek MN masak kerang jenis berkuah,kira kuah tu kita boleh hirup dan di buat makan nasi...nenek MN akan cuci kerang tu bersih-bersih sampai kulit kerang tu jernih dan tak berpasir, nenek MN tambah serai dengan asam keping tak salah.. memang sedap di makan dengan nasi..

Setakat nie MN tak pernah buat lagi jenis kerang berkuah tu kalau salah buat boleh jadi mulut gatal-gatal , biasa MN akan rebus je tapi MN rebus bersama-sama air ( masuk dalam periuk letak kerang letak air dengan serai) tapi rasa dia macam kureng sikit sebab isi dalam tu nampak kering tak juicy korang kata..
Last-last MIL MN ajar cara rebus kerang,kalau nak isi kerang tu bila makan tak keras atau kering, jadi MN nak share dengan korang lah..


Kerang yang bagus kerang yang jenis terbuka dan hidup..sambil keluarkan lidah dia main acah-acah gitu hahaha macam dekat atas tu..masa nie korang boleh tengok lah kerang tu bergerak-gerak macam berbisik pun ada.


Basuh bersih-bersih sampai pasir dekat kerang tu terkeluar atau kulit kerang tu jadi bersih.



Lepas tu dalam periuk tanpa isi air ya , rebus dalam api yang paling perlahan,kenapa tak letak air sebab kerang tu sendiri akan keluarkan air.MIL tak letak serai tapi MN letak serai nak bagi wangi sikit.Rebus dalam 7-8 minit bergantung banyak mana kerang lah, MN tutup periuk lepas 2-3 minit check tengok keadaan kerang tu macam mana..kalau air rebusan dari kerang tu dah muncul maknanya kerang tu dah mula masak biar dalam 2 minit lepas tu tutup api..jangan sampai air rebusan tu kering..sebab kalau kering akan jadi hangit pulak nanti isi kerang tak sedap dah...

Okey lah sampai sini je..selamat mencuba




2 comments:

  1. Wah cara masak baru ni. Biasa saya masak, pas air + serai + garlic dah mendidih baru masukkan kerang, pasti slow api, tutup periuk. Bila kerang dh ngangga, tutup api. Insyaallah masih gemuk kerang tu bila dimakan nanti 😊

    ReplyDelete
  2. Selalu masak dengan air.. Nanti bolehlah cuba cara MN nie..

    ReplyDelete

Post Top Ad

My Instagram