Post Top Ad

Collective empties - 1.0

Assalamualaikum ,MN ada satu habit dimana setiap kali product skincare yang MN guna dah habis MN tak buang terus tapi simpan dalam kotak , sampai lah terkumpul banyak lepas tu kalau dah rasa tak ada tempat nak isi baru lah MN buang itu pun MN akan pilih yang mana patut buang,MN sendiri pun pelik dengan diri MN nie , mungkin sebab botol tu lawa kot sampai MN tak sampai hati nak buang,ada ke orang lain macam MN nie...

Okey lah baru-baru nie ada beberapa skincare yang MN pakai dah habis di guna , MN pun kumpul dan ambik gambar sebab MN nak share dengan korang apa MN guna.Fikir punya fikir MN nak buat reviews pendek pasal skincare yang MN pakai nie mungkin  ada antara korang nak mencuba.Entry kali nie panjang sikit lah harap ada lah sudi membaca sampai habis.

 


sumber : google


1.Argania Light - (Will not repurchase ) - MN tak nampak apa-apa perubahan dekat skin MN , bagi MN face oil nie lambat sikit nak menyerap sebab tu MN guna pada waktu malam je.MN banyak pakai dekat bahagian badan terutama bahagian tumit kaki dan lengan.

sumber : google

2.Celebrity Serum By Wowwalah - (Repurchase) - Ada dua jenis serum iaitu Jessica Alba ( untuk jerawat,jeragat,sensitive , kusam) , Beyonce (untuk anti aging , tona tak sekata , glowing) salah satu favorite serum yang MN suka pakai , sebab serum nie jenis waterbase , cepat menyerap , tak berminyak.Dan amat sesuai untuk oily skin,untuk muka yang bermasalah, nie dah kali ke dua MN pakai dan dah habis pun , sangat-sangat membantu merawat jerawat dan parut.

sumber : google

3.Hada Labo Hydrating Water -(Maybe Repurchase) - highly recommended untuk oily skin , nie bekas ke dua MN guna, tak melekit langsung dan cepat serap tak perlu nak tunggu lama-lama , dan ada  hyaluronic acid dekat dalam tu,korang pun tahu yang hyaluronic acid nie sangat bagus untuk skin kita.Tapi buat masa sekarang MN tak repurchase sebab MN nak try guna moisturizer yang lain.

Sumber : Fb Avaanja


4.Turmeric Miracle Serum Rama-rama - MN tak ada masalah jerawat jadi MN tak tahu samaada berkesan atau tak untuk mereka ada masalah berjerawat tapi korang boleh baca testimoni dekat ig avaavanja .Tapi serum nie sesuai untuk skin sensitive MN suka sangat pakai sebab muka MN selalu gatal-gatal di sebabkan habuk atau salah makan.Dalam serum nie ada agen antiseptik + antibakteria.

Sumber : Google


5.Super Sunscreen From Nadre (Repurchase) - Dalam routine skincare MN tak pernah tinggal sunscreen,sebab dengan memakai sunscreen skin kita akan di protect dari UV rays juga untuk elakkan kulit berkedut di sebabkan sinaran matahari.MN suka pakai sunscreen dari nadre sebab tak melekit,cepat absort dan tak tinggalkan white cast,and tak buat skin kita terlalu oily.Highly recommend.

Sumber : Fb Avaanja

6.Tummeric Mask From Rama-rama - (Repurchase) - MN suka gila pakai mask dari avaavanja nie bukan saja mampu merawat kegatalan dekat muka siapa ada jerawat pun boleh guna ,kalau korang guna hari-hari korang akan nampak skin korang makin lama makin cerah..haaa tapi bergantung jenis kulit muka lah sebab nie bukan instant punya pemutih ya..nie mencerah secara perlahan-lahan.Siapa-siapa ada sunburn pun boleh guna.


Sumber Google

7.Argania Wonder Oil Trial- (Maybe Repurchase) - Abaikan sticker dekat botol tu dah tak nampak and comot (gambar atas sekali ya), ok argan oil dia kakak kepada argania light beza nya wonder oil 100% pure argan,argania light pulak mix dengan oil yang lain.MN lagi suka wonder oil nie sebab bila letak dekat muka MN tak rasa oily sangat dan oil tu menyerap masuk ke kulit muka MN tak perlu nak tunggu lama-lama , MN rasa MN sesuai dengan wonder oil nie berbanding dengan argania light.

Sumber Google

8.Hyaluronic Water Gel (HA) Trial - (Repurchase) - MN dah repeat order few time , tapi yang ni trial punya sebab yang full size OOS jadi terpaksa beli yang trial punya.MN guna sebagai essence lepas cuci muka pakai toner MN akan pakai HA ,memang buat muka MN rasa tegang gitu.HA juga membantu hydrate dan plumps your skin macam buat botox . Dan membantu melambatkan ageing proses.

Fuhhh letih tangan menaip kalau tak ada yang baca memang MN berhuhuhu jelah...nie baru sikit ada lagi product yang MN guna dah habis..nanti ada masa MN buat reviews yang lain pulak ya..selamat membaca byeee..

4 comments:

  1. selain Hadalabo.. products lain ceq tak penah dengar. something new hehe..

    ReplyDelete
  2. berkenan lah dgn tumeric rama-rama tu.
    aida memang mencari mask kunyit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah aida memang best mask nie..brand nie ada letak dalam farmasi.tapi tak tahu farmasi dekat mana.

      Delete

Post Top Ad

My Instagram